kuih raya tembikai (yang sedap ye)
siapa mak dia terer buat kuih nih,,
agen jualan kuih raya yang menjual kuih ini,,
sila roger.
1) “abang..leha tengok jiran sebelah tu laki dia belikan dia gelang bang..gelang emas... abang tak pernah pun kasi leha gelang..kalu ada pun gelang magnet tiruan yang macam ac mizal jual tu..tapi bape hengget lah sangat bang...leha nak jugak gelang emas macam jiran kita tu.”
(ni jeles nak minta penyepak! Aku paling tak suke jeles yang camni..jeles nak peti sejuk baru sebab jiran sebelah bru beli peti sejuk baru. Bila jiran bawa bini baru, tau lak taknak bagi laki ko bawa bini baru.wtf. )
2) Cik lala jeles dgn rumetnya, cik gayah yg ramai peminat.
(dah kalau dapat rumet cantek/hensem cam scofield/tracedi nak wat camno... xkan ko nak dpt rumet cam t-bag xnak jeles punye pasal...haha..[yg tgk prison break je phm.] Ni jeles angin puting beliung tahap luar petala...apa kne mengena?? hoho)
kalau lu berani ape2 kan scofield...tau lah gua ngan syira kejekan lu!
3) “mak. Samsiah dapat no 1,mak tak bagi pon hadiah... samsul dapat no 15 mak bagi hadiah..”
(dah ko selalu dapat no 1, bankrup lah mak ko aseb nak bagi ko hadiah. Adik ko yang tak berapa nak pandai tu mak ko kasi hadiah sebab nak sapot dia supaya blaja rajin2. Ni namenye jeles kanak2 ribena, dah besar nanti bru die sadar nape mak dia xbagi hadiah)
federer kembali ke takhta no 1 dunia. i'm loving it!
4) Cemburu dengan kawan yang ade boipren/girlpren..rase loser giler xde girlpren/boipren.
(ni cemburu yang aku taktau nak describe camne...korang tak loser kalau takde gf/bf.. bf/gf bukannya husben/wife...klu korang clash pon tak membawa kepada title duda atau janda. Klu korang takde husben/wife pon korang bukan loser coz jodoh tangan Tuhan.)
5) Cemburu kawan rajin study.
(ini cemburu yang paling bagos. Tapi akan jadi tak bagos jika korang hanya cemburu je tanpa buat apa2 tindakan untuk bersaing dengan kawan tersebut.)
6) Cemburu ayah belikan adik beg nike harga RM100, padahal dia terlupa ayah dia pernah bagi beg jenama guess harga RM200.
(ni jeles lupa diri...so, orang sekitar sila ingatkan!)
7) Cemburu jika pasangan berborak/lepak/etc dengan kawan2 yang berlainan jantina diorang.
(tak salah jika cemburunya hanya skala kecil, coz cemburu tanda sayang.. salah jika skala cemburunya besar...klu dah jadi camni, ni namenye cemburu minta penyepak gak..jangan mengongkong pasangan..ini dah namenya obses dan bukan sayang lagi... so, perdos jgn kongkong2 mai lagi..[xgne aku tulis sbb perdos bknnya bc blog ini.])
8) Cemburu dengan datuk K yang dapat kawin dengan CT
(ni namenya cemburu gedik santai...haha...sejak ct kononnya dah pakai ‘tudung’, aku kureng ske kt die..eh! ape kne mengena dgn jeles? hoho)
klu sape jeles lagi, aku tak tau la nak describe jeles tu cmne...
9) “wah canteknya kasut ko fatin..ko beli kat mana.. mesti mahal ni...” kata ana pada fatin sambil tengok kasutnya sendiri jenama made in gombak.
(jeles yang menjadi lumrah perempuan...*aku yang pakai sliper jamban g kuliah ni takde ke yang nak jeles???)
ada sape2 jeles klu K.A.M.I beli kasut nih???
10) Cemburu kat game dota atau pancing ikan
(kepada sesiapa yang cemburu mende ni, korang kena bersyukur pasangan korang giler game/pancing..cuba bayangkan kalau pasangan korang giler perempuan/lelaki, tak ke lagi naye...kepada pasangan yang giler game/pancing sila lah pandai2 bagi masa pulak kepada pasangan satu lagik...)
11) Cemburu sebab cikgu selalu tanya mamat jer... cikgu taknak tanya mimi pun..
(ni cemburu kanak2 ribena, sbb bile dah masuk universiti..dialognya cmni lak->aseb bek lecturer tak tanya aku;-)
12) "u tau tak i jeles u makan dgn mak u!aseb2 mak u..mak u..."kata isteri pada sang suami. suami jwb,"sebulan sekali apa slhnya..bknnya i xmkn dgn u lgsg!
(ni jeles minta penerajang! hapak lu! suami leh cari isteri lain, tapi ibu/emak/mama/umi 1 jerrr!!! xleh cari len dah...timbang rasa lah sket wahai isteri..)
ni gambar perhiasan sahaja.tiada kena mengena dgn no 12. semoga pasangan ini bahagia dunia dan akhirat. aminn... sebenarnya aku nak btau, sebelah rosyam tu mentor aku!!! prof. razak.
13) Cemburu rumet dapat bergambar dengan ahmad nabil ahmad
(eh! Saya tak terasa ok. Nabil jer pon....haha.. ni nama cemburu kasih sayang pada rumet.hehe )
[aku xnak letak gambar zara dgn nabil di sini. harap maklum.]
haha...
ini contoh cemburu.
Ok.cukuplah tiga belas koleksi cemburu ni. Bagi aku lah.. cemburu datang tanpa kad jemputan..cemburu jugak adalah perkara normal..sebab cemburu tanda sayang..TETAPI kalau terlebih cemburu, bahaya tau tak. So, pandai2lah handle cemburu ni, jangan sampai cemburu yang handle kita. Wallahu’alam.
*peringatan ini utk diri sendiri dan utk korang juga..kalau aku lupa, korang ingatkan.sebab itulah peranan sesama manusia, saling ingat mengingati.*
100 ETIKA BERKASIH SAYANG
Tunaikan hak Allah, maka Allah akan tunaikan segala kemahuan kita. Ini adalah asas kepada semua perkara termasuk dalam hal ehwal berkasih sayang.
Ikut sunnah Allah; buat apa yang disuruh tinggalkan larangan-Nya. Antaranya mendirikan rumah tangga apabila sampai masanya dan melaksanakan tuntutan yang wajar pada keluarga yang dibina.
Sentiasa membetulkan niat; niat yang baik kerana Allah. Betulkan niat kita mahu bina silaturrahim kerana agama.
Syukur dengan segala pemberian-Nya, maka kita tidak akan merampas atau tamak sehingga menjejaskan hak orang lain.
Senyum selalu kerana senyum itu sedekah. Tidak mengapa jika tidak berharta tetapi senyum itu boleh jadi aset yang terbaik.
Jika bermasalah dengan orang, jangan simpan dalam hati, selesaikan segera. Menyimpan masalah ibarat memendam rasa, akan jadi mudarat pada kita. Sebaik-baiknya berbincanglah.
Bersahabat seramai mungkin. Pesan ahli falsafah Luqman al-Hakim, seribu sahabat itu belum cukup, seorang musuh sudah telalu banyak.
Minta maaf jika buat salah, mengakui kesalahan bukanlah bermakna menjatuhkan ego.
Memaafkan dengan mudah. Jika orang lain melakukan kesalahan terhadap kita, janganlah terlalu berkeras, maafkanlah dia kerana itu akan melegakan hati kita.
Berfikiran terbuka terhadap teguran, sama ada teguran itu baik atau buruk. Ingat, jika orang menegur kita, maksudnya dia ingin melihat kita jadi orang yang lebih baik.
Doa, jadikan doa sebagai senjata utama dalam apa jua keadaan.
Manfaatkan masa sebaik mungkin dengan perkara berfaedah. Jangan gunakan masa lapang untuk mengganggu ketenteraman orang lain kerana itu akan menyebabkan kita cepat dibenci orang.
Kurangkan bercakap terutamanya mengenai diri sendiri, sebaliknya banyakkan mendengar ketika orang lain berbicara.
Bayangkan hal dan kemungkinan yang baik-baik sahaja dalam hidup. Dalam rumah tangga umpamanya, elakkan membayangkan yang tidak elok.
Tetapkan yang hebat-hebat dalam diri. Bukan berangan-angan, tetapi itulah cara kita merangsang minda untuk melakukan yang terbaik dalam perhubungan.
Syukur kelebihan diri, akui kelemahan diri dan terima diri dan orang lain seadanya.
Sayangi orang sekeliling, pandang positif orang lain, kerana cara ini akan menyebabkan kita beroleh lebih ramai sahabat.
Jangan berburuk sangka dengan orang, sekalipun dengan orang yang tidak menyenangi diri kita.
Bekerjasama dengan baik antara satu sama lain. Kerjasama yang baik adalah kunci harmoni.
Jangan bertangguh melakukan kebaikan. Sikap bertangguh bukan saja menyusahkan diri sendiri tetapi orang lain juga jadi susah kerana kita.
Kata “tidak” pada ajakan yang bersifat negatif. Bukan mahu mengecewakan permintaan sesiapa, tetapi sama-sama terjerumus dalam ajakan negatif akan merosakkan diri kita dan orang lain.
Layan orang lain dengan baik, tidak kira pangkat, usia, keturunan dan perbezaannya dengan kita.
Elakkan bertelagah, berbalah, berdebat kerana hal yang remeh-temeh. Hal ini akan menyebabkan berlaku jurang antara kita dengan orang lain.
Pujian yang berpada menggembirakan hati, senangkan hati menerimanya.
Tubuh sentiasa dalam keadaan berwuduk, maka hati akan tenteram, wajah akan jernih dan menyenangkan orang lain yang memandang; maka memudahkan silaturrahim terjalin.
Sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.
Mengenali diri sendiri, seperti tahap kesihatan, kekurangan fizikal dan sebagainya. Dengan mengenali diri sendiri, akan membantu kita mengenali orang lain.
Sentiasa menjaga penampilan fizikal. Ini antara aspek yang penting terutamanya jika kita banyak berurusan dengan orang lain.
Baca dan lihat perkara yang positif kerana perkara yang positif dapat merangsang kita untuk jadi positif juga.
Cari kawan yang baik kerana kawan yang baik akan menyebabkan kita jadi baik juga.
Belajar benda baru setiap hari; beri peluang pada diri untuk menikmati pengalaman baru kerana itu akan memperkayakan diri kita dalam pergaulan.
Senaman dan riadah. Sewajarnya semangat kesukanan jadi penyubur kasih sayang dan silaturrahim.
Sedekah jika berkemampuan. Dalam setiap harta kekayaan yang kita miliki ada hak orang lain yang mesti kita tunaikan.
Ajar orang lain walaupun perkara yang sekecil-kecilnya.
Menegur orang lain yang melakukan kesilapan dengan cara berhemah.
Bersikap ambil tahu; jaga tepi kain orang, bukan dalam kain orang.
Sayangi diri sendiri dan hormati diri sendiri. Dengan cara ini, barulah orang lain akan menghormati kita pula.
Patriotik dan sayangkan negara. Negara tidak terbentuk sendiri sebaliknya dibentuk oleh komuniti yang banyak.
Jaga makanan seimbang. Tubuh yang sihat akan memberi kita peluang untuk berbakti pada orang tersayang.
Jaga integriti, kecekapan dan amalan baik. Ini amat perlu dalam segala aspek kehidupan.
Merendah diri, elakkan bangga diri kerana itu menyebabkab kita dijauhi orang.
Sentiasa beri komitmen. Bukan saja akan menyenangkan orang lain tetapi juga mencerminkan kewibawaan diri.
Tawakal. Selepas usaha dilakukan, serahkan segalanya pada ketentuan Ilahi.
Sabar. Dalam pergaulan, memang banyak kerenah harus dihadapi, jadi sabar adalah ubatnya.
Disiplin diri. Kita pasti disenangi ramai.
Sopan santun; ini adalah akhlak terpuji yang memang digalakkan Rasulullah S.A.W.
Istiqamah; jangan buat sesuatu sekerat jalan.
Jangan ingat perkara negatif.
Tidak perlu berlagak atau berpura-pura kita tahu semuanya. Semua manusia ada batasannya.
Beri peluang juga pada orang lain untuk menunjukkan bakat dan kemahiran.
Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Tubuh akan jadi segar dan memudahkan urusan seharian.
Muhasabah dan nilai semula apa yang dilakukan setiap hari.
Selalu membaharui azam. Tentunya berazamlah yang baik-baik sahaja.
Jangan lokek beri pujian jika kena pada tempat.
Ucaplah kata-kata yang baik. Siapa yang tidak suka dengan kata-kata yang baik?
Kasih sayang ada batasnya. Hendaklah agungkan Allah dan ingat kekurangan diri sendiri.
Amalkan budaya ziarah-menziarahi. Pesan Rasulullah S.A.W., amalan ziarahi kerabat dan saudara mara akan menambahkan kasih sayang.
Amalkan budaya bertukar-tukar hadiah atau pemberian. Sabda Rasulullah S.A.W., “Hendaklah kamu bertukar-tukar hadiah, tentu kamu akan berkasih sayang.” (riwayat Ibnu Asakir)
Amalkan budaya syura (mesyuarat) untuk kepentingan bersama.
Berjabat tangan ketika bertemu dan berpisah. Sabda Rasulullah S.A.W., “Hendaklah kamu berjabat tangan kerana amalan tersebut akan menghilangkan sifat dengki antara kamu.”(riwayat Ibnu Asakir)
Bertoleransi dan bertolak ansur.
Berikan nasihat kepada orang yang meminta nasihat.
Jika berada dalam suatu majlis, berikan ruang kepada orang yang datang kemudian.
Adil dan tidak berat sebelah. Firman Allah, “Sesungguhnya berlaku adillah dan berbuatlah kebajikan.” (Surah an-Nahl:90)
Berbaik sangka dengan rakan seagama. Firman Allah, “Wahai orang yang beriman, jauhilah daripada berburuk sangka, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa.” (Surah al-Hujurat:12)
Sentiasa bersikap amanah dan jujur.
Berikan pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan, umpamanya yang kesempitan wang maka berilah dia berhutang.
Jika berhutang, hendaklah segera membayar hutang.
Apabila bersalah, maka segeralah memohon maaf.
Bersikap terbuka dan bersedia memaafkan orang lain yang melakukan kesilapan terhadap kita.
Sentiasa bertegur sapa, ramah mulut dan berwajah manis.
Hormat-menghormati antara satu sama lain.
Ziarahi saudara mara atau kenalan yang jatuh sakit.
Iringi jenazah saudara atau rakan yang meninggal dunia sehingga ke persemadian terakhirnya.
Lazimkan diri melakukan solat berjemaah dengan teman sekerja atau anggota serumah.
Berbuat baik tanpa mengharapkan orang itu membalas kebaikan kita.
Lakukan kebaikan pada orang yang melakukan kejahatan pada kita. Pesan Rasulullah S.A.W., hubungilah orang yang memutuskan silaturrahim dengan kita dan buat baik pada orang yang buat jahat pada kita.
Lupakan kebaikan yang kita lakukan pada orang lain; jangan mengungkit-ungkit. Firman Allah, “Wahai orang yang beriman, janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan mengungkit dan kelakuan yang menyakiti.” (Surah al-Baqarah:264)
Muliakan tetamu dan layan sebaik mungkin. Sewajarnya dengan memberikan makan minum, tempat tinggal sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari. Berdasarkan suruhan syarak, jika lebih daripada tiga hari, itu dikira sedekah.
Hargai pemberian saudara atau rakan dengan mengucapkan terima kasih.
Muliakan orang yang lebih tua, kasihanilah serta pimpin orang muda. Pesan Rasulullah S.A.W., bukanlah dari kalangan umatnya orang yang tidak menyayangi yang muda dan tidak mengetahui hak yang tua.
Sertailah saudara ketika senang dan susah, suka dan duka. Ucapkan tahniah ketika mereka beroleh kejayaan dan ucapkan takziah ketika mendapat kesusahan.
Tepati janji jika sudah berjanji. Jika tidak, orang tentu bosan dengan kita.
Tunaikan jemputan jika diundang ke majlis mereka.
Tunaikan zakat, banyakkan sedekah kepada orang yang lebih miskin.
Ucapkan salam ketika berjumpa dan sewaktu hendak berpisah. Kata Rasulullah S.A.W., “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu amalan, jika kamu lakukan akan wujudlah kasih sayang antara kamu, iaitu ucapkan ucapan salam sesama kamu.”
Jangan berdendam.
Jangan bercakap bohong. Tiada siapa akan percaya lagi pada orang yang suka berbohong.
Hidup harmoni, jangan ganggu ketenteraman orang lain, jiran tetangga dengan berbuat bising.
Jangan mendedahkan aib orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W., “Dan sesiapa yang menutupi aib orang lain, maka nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.” (riwayat Muslim)
Elakkan memanggil orang lain dengan nama yang buruk yang tidak disukainya. Firman Allah, “Dan janganlah kamu memanggil satu sama lain dengan gelaran yang buruk.” (Surah al-Hujurat:11)
Jangan cemburu keterlaluan.
Jangan memakai hak orang lain tanpa meminta izin daripada tuannya terlebih dahulu.
Usah mementingkan diri sendiri. Kita tidak hidup sendirian di muka bumi, tetap juga perlukan orang lain.
Jangan mencari kesalahan orang lain dengan tujuan untuk menjatuhkannya.
Jangan berhasad dengki, atau tidak senang dengan nikmat yang diperoleh orang lain.
Jangan sesekali melaga-lagakan orang lain dengan niat supaya mereka bergaduh.
Jangan bercakap kasar, memaki hamun dan memalukan orang lain di khalayak ramai.
Ringan tulang dan selalulah hulur bantuan sekalipun bantuan yang paling kecil.
Sekali lagi, berdoa kepada Allah memohon kebahagiaan dan amalan berkasih sayang kekal selama-lamanya.
PERIBADI MUSLIMAH
OLEH:
MAJALH NUR
NOV 2007