Showing posts with label nak share~. Show all posts
Showing posts with label nak share~. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

this is really amazing!!!


 wow!

 make me laugh!


smart!

dasar binatang! haha

nak tahu dalaman rumah ni??? click here.
bikin aku pening~~

i love hemmy.net :-)

thanks <3

Thursday, September 23, 2010

bungy jumping in malaysia. are you ready?

at sunway lagoon.
kalau nak rasa macam adegan hitrik roshan dengan kareena kapoor buat bungy jumping dalam filem apa-ntah-aku-dah-lupa, jom try
ada orang siap dah tak terjerit dah. sebab takut sangat. -- I was frozen in fear
pergh.

bawak mykad, RM50.
kalau sengaja tak nak bawak mykad, RM100
anyone?

Tuesday, September 21, 2010

abah-abah keselamatan???

sesape yang belum tahu abah-abah keselematan tu apa boleh tekan ini. (abah-abah keselamatan)

aku tak bape seronok tengok abah-abah keselamatan ni. ntahlah. komen panjang2 pon, kang orang kata aku belum ada anak lagi taktau payahnya nak jaga anak. lagipun zaman skang sangat bahaya. sedangkan yang dah besar pon orang leh bawa pegi ladang, inikan pula kecik cinonet. lagi lah senangkan.... tapikan... aku lebih suka cara camni... kulit bertemu kulit kan lebih erat... 

 gambar hiasan.

yela masing-masing mempunyai cara masing-masing. aku hormat. SAPE TAK SAYANG ANAK Oiiiii.... 

Sunday, August 22, 2010

mewah di rumah gelas

feveret aku, buka yahoo.com...pastu tengok story-story yg takkan boleh jumpa dekat newspaper malaysia. contohnya, cerita ini.....

cantik bukan?? memang smart punye arkitek. aku memang suka mende-mende simple n elegan n smart. nak lagik??? tengok ni pulak...


ni bilik tidur... memang boleh nampak luar. seyes suka!!!! tak hadap dinding 24/7.. kalau atap die lutsinar lagi aku suka... malam2 bleh tengok bintang.... bile malam tu takde bintang, akan ade satu atap automatik tutup yg lutsinar. bapak ah! giler mewah!! mau tak kuar rumah 24/7... TAPI BAHAYA GAK RUMAH CAMNI... hakhakhak... mewah sangaaattt...

boleh baca artikel sepenuhnya disini...

Inside the 'Glass Pavilion'


hebat btul aku tengok rumah ni sepenuhnya!!! (sepenuhnya di sini)

syabas!!!

Wednesday, August 11, 2010

orang sambut ramadhan, ko letak gambar ni.




SELAMAT BERPUASA BAGI YANG BERAGAMA ISLAM.
SEMOGA SIHAT-SIHAT SELALU.
DARIPADA K.A.M.I

TERAWIH JANGAN LUPA.

p/s: dulu time world cup rajin bangun pagi tengok bola kan...pe kate bulan ni pon sambung aktiviti bangun pagi tgk sejadah pulak. ;-)


Saturday, July 31, 2010

IMAM MUDA DAN AKADEMI FANTASIA

tahniah ashraf! tahniah shahir!

IMAM MUDA
Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

AKADEMI FANTASIA 8


Shahir berjaya membawa pulang kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, percutian hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND’s Innershine selama setahun tajaan Cerebos, dua tiket pelancongan ke New York tajaan Maybelline New York dan set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan AD Time, Coway Air Purifier – Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D’Paradise Resort, Melaka tajaan D’Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi juara Akademi Fantasia.




--SEJUK MATA MEMANDANG TENGOK HADIAH IMAM MUDA;-) SELAIN DAPAT DUIT, DAPAT JUGA MENYAMBUNG PENGAJIAN DI MADINAH...DAPAT BUAT HAJI DAN UMRAH. SAMBUNG PENGAJIAN+HAJI+UMRAH DAPAT MENGALAHKAN KERETA YANG SHAHIR MENANG. HARTA TAK KEKAL LAMA, YANG PENTING ILMU DI DADA. THUMBS UP ASTRO!!! HADIAH JANGKAMASA PANJANG--


kalau nak compare hadiah AF dgn IMAM MUDA, hadiah IMAM MUDA LEBIH SUPERB!!! ini yang kita mahu... ;-)

Sunday, July 11, 2010

How Much Water You Need to Drink Today

Hydration Calculator

A person who is 141 pounds 
and is exercising for 5 minutes ,
is not pregnant, 
is not breastfeeding, 
does not live at a high altitude,
does not live in a dry climate,
drinks 0 alcoholic drink(s),
when the weather is not very hot or very cold,
and is not sick with fever or diarrhea should have:
71 ounces of water today, or 2.1 liters.

If you eat a healthy diet, about 20 percent of your water may come from the foods you eat. If you eat a healthy diet you can drink 56.8 ounces of water today, or 1.7 liters.

-sumber

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!

Tuesday, April 20, 2010

isteri arwah tabah kan???

 isteri kepada achik spin atau nama sebenar achik, Abdillah Murad Md. Shari. semoga beliau ditempatkan di syurga. amin..  (Al-Fatihah)


bagi aku dia seorang yg tabah. (dugaan hebat utk org yg hebat.)


memang terasa kehilangan kalau kawan yg rapat dengan kita dah tiada.



dugaan hebat utk orang hebat.  


p/s;- aku penah dgr  "org baik biasanya mati awal". wallahu'allam.

*gambarambildarimuraidotcom*

(takde tajuk)

sekarang jam menunjukkan pukul 12.34 am
aku takde mood nak study.
tapi tengah paksa otak tangan tulang belakang tangan minda untuk study.
sesungguhnya, AKU TAK SUKA DIPAKSA.
tapi memang perlu paksa.
paksa diri yang terpaksa.
sekarang jam menunjukkan pukul 12.38 am.

Saturday, April 17, 2010

santoki!!!!! (yeayyy!)



apakejadah aku upload video ni. masuk exam ker? haha 2 harkat. ok. video ni pasal artis2 korea mau menterjermahkan lagu kanak2 korea ke dalam bahasa inggeris dengan cara yang duatigaronok sekali. diorang ada 10 peluang untuk nyanyi dgn translate yg btul. klu diorang mensia2kan peluang tu sume alamatnya kne humban dlm swimming pool. haaa jgn tak tau diorg tu tgh duduk atas pool tuuuuu... igt! 10 chances ja.... Lee Hyori pon ada. AGEYO-AGEYO!!! hahaha (actually yg aku upload ni sbhgn jer. bhgn awal dan akhir, korg cari lah sdn bhd kt utube.)

P/S : lagu ni pasal jack rabbit. hehe^^ rabbit dlm bhsa korea - santoki. (yeaayy!)

Thursday, April 15, 2010

teringin cakap secara live,"love u mom!!!! love u dad!!!"

assalamualaikum!!!! (Peace upon u)

nak tanya kamu dan kamu semua dua soalan :-)

1) pernah tak korang cakap I LOVE U IBU atau I LOVE U MAMA atau I LOVE U DAD  atau I LOVE U PAPA atau I LOVE U UMMI atau I LOVE U ABAH atau I LOVE U EMAK,BAPAK atau SAYANG IBU atau SAYANG AYAH atau SAYANG WALID atau SAYANG MAK atau sewaktu dengannya.??? pernah? sudah??? selalu? bape kali?

2) bandingkan berapa kali kamu dan kamu semua cakap I LOVE YOU atau SAYANG dekat IBU BAPA kamu dengan BOYFRIEND/GIRLFRIEND kamu??? 1, 2, 3 bandingkan skang!........ dah? haha


ok. entri ni bukan nak cari gadoh ke ape.. *peace* ..sebenarnya aku nak btau yg aku amat sangat teringin mau cakap I LOVE U kat IBU dan ABAH aku. tapi lidahku kelu seperti terikat ketat. sedey bukan. perangai aku mmg cmni...susah nak cakap SAYANG pada orang yg aku SAYANG. cakap kat sini bermaksud, CAKAP DENGAN IKHLAS TANPA DISURUH SECARA LIVE FACE TO FACE WITH EYE CONTACT bukan sms, video, mms...seyes aku lom bleh buat. kat telefon pon payah nak cakap SAYANG ni. haish! [dulu, teringin nak cakap kat arwah nenek gak. tapi tak sempat. sedey bukan. NENEK, I LOVE U SOOOOO MUCH.] aku nak try ubah. tapi...................? its hard. nape eh?? hmmm... napelah dlm cerita2 barat semua senang jer aku tgk diorang lafaz I LOVE U MOM, DAD...

.
.
.
eh! K.A.M.I takde boypren ok. jgn pk ape2 kt soalan no2. xde kaitan dgn K.A.M.I.
.
.
.

p/s: nak cakap SAYANG KAU senang pulak kan. mungkin sebab perkataan KAU. cuba tukar AWAK. masih senang??? hahaha

sayasayangrumetsayasayangsaya:-)

Monday, April 5, 2010

teringin TAPI takut!!!

aku jumpa gambar ni dalam facebook junior skola aku. masa tgk gambar ni, seyes cuak terus meresap ke dlm kalbu tanpa sebarang salam. yup terus. mak aih. berani giler minah ni. tu lah kate2 yg berbisik dlm hati jantung limpa ginjal dan tiub falofio (erk. btul ke nme tiub ni. aku dah lupa. las blaja, form 3) lets cekidaud the gambars yg amik without ijin. maaf buk!


*dialog adalah rekaan semata2,tiada kena mengena dgn org dlm & luar gmbr.*













haha.. biar gambar berbicara. K.A.M.I pon ada bercita2 naik mende alah bungy jumping ni. ni sume lps tgk cite ape ntah yg hitrik roshan n karena kapoor... yup. kebetulan K.A.M.I mempunyai cite2 yg sama kesan dari cerita yg sama. :) mungkin itulah K.A.M.I

Saturday, April 3, 2010

sehidup semati.

Inilah gambaran tepat bagi sepasang suami isteri apabila mereka ditemui mati dalam keadaan berpelukan di dapur rumah di Kampung Peramu, dekat sini, petang semalam. Mayat Musa Daud, 64, dan isterinya, Aminah Nor, 65, ditemui jiran dan anak bongsunya, Suriati, 23, kira-kira jam 3 petang selepas mereka memecah masuk rumah itu melalui tingkap. Suriati yang tiba di rumah bapanya mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam serta tingkap tertutup rapat. Beliau bersama seorang jirannya mengesyaki sesuatu yang tidak kena di rumah ibu bapanya apabila terhidu bau yang kurang menyenangkan. Kelu lidah saya selepas dimaklumkan jiran itu ibu dan ayah ditemui mati berpelukan di dapur dalam keadaan lengkap berpakaian. Saya reda dengan ketentuan Ilahi yang menjemput ayah dan ibu saya pulang ke Rahmatullah, katanya yang tidak dapat menahan sebak selepas kehilangan dua insan tersayang, ketika ditemui di tempat kejadian, petang semalam. Suriati yang tinggal di Kampung Kempadang berkata, kali terakhir dia bertemu dengan bapanya pada Khamis lalu, dan arwah sempat bergurau dengan berkata kalau ayah mati, emak akan ikut sekali. Saya tidak sangka gurauan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila mereka ditemui mati berpelukan di dapur, katanya. Suriati berkata, jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. -sumber


SILA TOUCHING SKANG!!!

p/s: semoga roh pasangan ini dan arwah Meor Ahmad Fuad b. Meor Badri (din beramboi) dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di syurga. aminnn.

Tuesday, March 30, 2010

bahana mandi malam


Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!


Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.





"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.



actually nih berita bertahun-tahun lepas. 
aku google balik.
jangan mandi malam. jangan minum air sejuk selalu

Sunday, March 21, 2010

tiada di malaysia ker?

aku nak beli yg dibulatkan tu^^. tapi kat malaysia cam takde jer.lagipun bleh ke hp ni guna kt malaysia??? hmmm... (",)???
name panjang hp ni

Samsung Haptic Pop SCH-W750 touch phone

 

terjumpa kete yg smart. zara bg aku kete ni nnt sempena wedding day aku tau. haha... ini bkn permintaan tp arahan. cak!


p/s;) nmpk nya misi mau quit tak tercapai. haha

Saturday, February 27, 2010

health tips



-answer the phone by left ear


-do not drink coffee twice a day


-do not take pills with cool water


-do not have huge meals after 5pm


-reduce the amount of oily food you consume


-drink more water in the morning, less at night


-best sleeping from 10pm - 6 am in the morning


-when battery is down to the last grid bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times!

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul


marilah sama-sama mengingati perjuangan Rasulullah
mari berselawat.


(nak suggest kat korang: hijjaz - dia kekasih Allah)

Tuesday, February 2, 2010

berani belitkan lidah anda? try this^_^

-ehsan google-

The European Commission has just announced an agreement whereby English will be the official language of the EU rather than German which was the other possibility.

As part of the negotiations, Her Majesty's Government conceded that English spelling had some room for improvement and has accepted a five year phase-in plan that would be known as "Euro-English".

In the first year, "s" will replace the soft "c". Sertainly, this will make the sivil servants jump with joy. The hard "c" will be dropped in favour of the "k". This should klear up konfusion and keyboards kan have 1 less letter.

There will be growing publik enthusiasm in the sekond year, when the troublesome "ph" will be replaced with "f". This will make words like "fotograf" 20% shorter.

In the 3rd year, publik akseptanse of the new spelling kan be ekspekted to reach the stage where more komplikated changes are possible. Governments will enkorage the removal of double letters, which have always ben a deterent to akurate speling. Also, al wil agre that the horible mes of the silent "e"s in the language is disgraseful, and they should go away.

By the fourth year, peopl wil be reseptiv to steps such as replasing "th" with "z" and "w" with "v". During ze fifz year, ze unesesary "o" kan be dropd from vords kontaining "ou" and similar changes vud of kors be aplid to ozer kombinations of leters.

After zis fifz yer, ve vil hav a reli sensibl riten styl. Zer vil be no mor trubl or difikultis and evrivun vil find it ezi to understand ech ozer. Ze drem vil finali kum tru! And zen world!

 ehsan sini

Tuesday, January 26, 2010

IKHLAS

 K.A.M.I dpt dari emel. bacalah korg takkan rugi wlpn sebesar zarah;)


tak ingat hadis atau apa,tapi lebih kurang begini,ikhlas umpama semut hitam,diatas batu hitam dimalam yang kelam.gambar diatas tidaklah kelam sangat. maaf tiada gmbr.



“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.


“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.





Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

pastu ada org reply emel ni sebagai tambahan.


hadith qudsi yg saya pernah dengar:

"ikhlas adalah rahsia dari rahsiaku"

ikhlas adalah antara rahsia Allah swt selain daripada tarikh kiamat dsb.

syukran atas perkongsian.

wallahua'lam


sekian sahaja dari K.A.M.I 
peace no war!

Tuesday, January 12, 2010

gajah pun dah pandai guna highway:-)


minta-minta aku tak kena tol..bermonolog sang gajah bersendirian...

wow! giler r. terkejut aku baca berita ni...tak sangka gajah zaman skang pun dah pandai menggunakan kemudahan yang ada.


rasa2 nya gajah ni nak pegi mana???
kerana cinta lebuh raya timur barat sanggup beliau redahi;-)