Wednesday, April 29, 2009

selesema babi

selesema ape?
selesema babi...

selesema ape?
selesema babi...
selesema ape?
selesema babi...
selesema ape???
SWINE FLU...


aik??? hahaha...

nape diorg xletak pig flu...? renung2kanlah dan selamat beramal.....


Tuesday, April 28, 2009

TIPS MENCARI JODOH



[gambau hiasan.lalala~]

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

~ Dato’ Prof. Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah~

Thursday, April 23, 2009

hohoo..!!

tq teha!
dapat award lg!!
hohohoho~~

Rule:

1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the ‘recipients’ names here, along with their links.
4. Let them know about this

ohohoh. oleh kerana terlalu gumbira sampai nak melalak..
K.A.M.I bagi award ini kepada SEMUA FOLLOWERS K.A.M.I
hohoho..
tq2!!~~
tanpa anda siapalah K.A.M.I (wat??)

Tuesday, April 21, 2009

setiap yang bernyawa akan merasai mati

masukkan diri anda dalam setiap entri ini...
mulakan dengan bismillah...


Apabila aku keluar sahaja daripada kereta BMW 3 series kepunyaanku, halaman rumah itu sudah dipenuhi oleh orang ramai. Hampir semua orang yang berada di situ aku kenal. Ya! aku kenal mereka. Aku teruskan langkah lagi...

Di tepi halaman rumah itu, terdapat orang kampung yang sedang menyiapkan keranda. Aku teruskan langkahan ku lagi...

Apabila aku mendekati pintu rumah, aku ternampak sahabat baik aku yang baru sahaja tiba, bersama dengan rakan-rakanku yang lain. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah, ahli keluarga aku berada di sisi jenazah yang baru sahaja selesai dimandikan.

Siapakah yang meninggal dunia???

Dengan penuh tanda tanya, aku mendekati jenazah. Melangkah perlahan-lahan ke sisi jenazah dan akhirnya aku sudah sampai disisi jenazah. Dengan lafaz bismillah, aku membuka kain putih yang menutupinya. Alangkah terkejutnya aku, melihat yang berada di pembaringan itu adalah AKU! Ya! Diri aku sendiri...

Selepas aku disembahyangkan, roh aku berlegar-legar di sekeliling rumah dan roh aku mampu mendengar apa yang orang ramai perkatakan mengenai aku semasa hidup aku. Adakah aku orang yang baik ketika aku hidup??? Sekiranya aku boleh, apakah yang aku hendak mereka katakan mengenai aku, sewaktu hidupku.

Ibu bapa aku...................................................................
Adik-beradikku..............................................................
Saudara-maraku............................................................
suami @ isteri ................................................................
kawan-kawan.................................................................
jiran-jiran........................................................................
majikan............................................................................
guru-guru........................................................................

UJIAN di pembaringan???
Semasa kita di pembaringan, apakah lagi yang kita ada?
Dimanakah kereta BMW 3 series kita?
Di manakah wajah yang cantik dan tampan kita?
Sifat apakah yang boleh temani kita di dalam kubur?
Yang menjadi penyuluh kegelapan di alam kubur?

SEMASA KITA LAHIR, KITA MENANGIS DAN ORANG LAIN BERGEMBIRA. ADAKAH APABILA KITA MATI KITA BERGEMBIRA DAN ORANG LAIN MENANGIS???

Nabi SAW pernah berkata," Apabila mati seseorang anak Adam akan terputus semua kecuali tiga. Sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan doa anak salih."

inna lillah wa inna ilayhi roji'oon




[darisalahsatubukuDRFADZILAHKAMSAH.terimakasih]

Saturday, April 18, 2009

mea, kau masak TIDAK sedap!!!

ini bukan entri yg mau cari pasal
ini entri mau wat penghargaan
hehe
jgn marah haaaa~

to miss mea berry


K.A.M.I ign mengucapkan ribuan
TERIMA KASIH
kerana sudi memberi kami nasi goreng yg anda masak sendiri...
siap hantarkan lagi
fyi, mea tggl di aras 3, K.A.M.I di aras 4...
bkn sekali, dah 3kali kami dpt rase ns gorg beliau...
semalam lauk sadin..
hari ni de daging...
hehe...
syukran2
arigato
kamsahamida
gracias
thank u
dan lain-lain lagi~

hehe...
apabila mangkuk itu licin...
lu pk lah sendiri sedap@tak...


p/s:saje je ltk tajuk kontroversi...sbb aku rase r si mea ni akan lebih excited mau baca entri ni sbb tajuknya yg agak PANAS, berbanding dgn tajuk, "mea, kamu msk sedap OR mea, thank u..."
btol kan? kan????

Thursday, April 16, 2009

mood aku sgt truk hr ini

pernah x korg.. bgn pagi2 je dpt msg yg berbaur kemarahan...
yup! hari ni berlaku pd aku...

lebih kurg 9.30pg..
sdg asyik tdo dibuai mimpi smpi mmg xnk bgn ah...
tibe2 dgr..
ike2 gogo ore gogo...
itu menandakan 1 sms diterima...
aku gagah kan jari tekan...
tup tup...
.......janji mesti ditepati!.....
uish!!! stret aku segar...
adeih...

mengeluh aku 1 hari...


sepjg hari mood aku xbrpa btol...
wat pengamiran yg simple pon slh...
knpe truk sgt...

uish!

gila-gila


perpustakaan tun seri lanang(PTSL)
level 3(journal collection)

sedang khusyuk men-stadi chem dan orang di depan stadi math(kononnya~),,
aku toleh kanan,toleh kiri.. ngantok gle!!
da aa sejuk ..nape tak bawak tilam bantal.tdo je situ..
nk usha hot guy,,tak de..

tgk jurnal yg tersusun yang macam tak de orang amek..tengok title satu-satu
tiba2 de title GILA-GILA..
aku pk maybe de doktor yang wat kajian sakit gila-gila
skali aku amek,,bukak..

huh! gila ah
katun! komik!..perghh..
da aa 1994..da lame kot~
rajin simpan..ish2
ini pun akak2 library amek ke? dulu masa pegi kursus library akak library cakap de order magazine HAi~ URTV ,,media..
untuk budak mascom dia cakap..
tapi aku tengok2 takde pun..
wei budak mascom! kat mane aaa tempat simpan majalah2 tuh kat library?
tak penah pun aku tengok. roger ah sape budak mascom.~

huish.
wahai perkerja PTSL..sangat suspek sama anda semua!
hehehe.
baguih btul
bila bosan stadi..memang gelak sorang2 baca JOURNAL gila-gila..
tq akak library~~


(mea:: aku tak tau ah shin chan de ke tak.nih pun terselit2 di sebalik journal psychology..~..try browse kat gemilang)

Tuesday, April 14, 2009

malaysian tak berani!

siapa berani propose macam tat guy?
perghh
memang salute abis
hahaha

tak maen aa message2,,on d phone propose,,(mintak maap.tak ditujukan untuk sesiapa)
hehehe




okay2~
credit to hazmira mahayudin aka mea
yg tunjuk ini video
tq mea!

Monday, April 13, 2009

awokk!!


nabil menang ABPBH 2008 !!
terbaik wokk!~

seb baek mawi tak menang..fuh..
even siti tak menang..tapi dia tetap hot!!

Wednesday, April 8, 2009

K.A.M.I ign mengucapkan... xoxo


~4 AIN terchenta~


lihatlah keexcitedan kami yg kononnye mau bg tym g utp...
akhirnya xjd g gak...

ain!!! aka pepel!!!
hepi besday 2 uuuu...
hepi besday 2 uuuu...
hepi besday 2 my bestest fren...
hepi besday 2222222222 uuuuuuuuuuuuuuuuu....
[bygkanlah aku ngah nyanyi utk ko dgn penuh smgt]

special 4 u;-)
xoxo

Tuesday, April 7, 2009

siti nurhaliza-san ke jepun

hahha..berbanggalah menjadi malaysian.,,
orang itali tapi duk jepun pun hafal lagu siti...ohooo
hahaha..





hahha.even cam pelat2 kan..tapi orait ah.gaya dia cam tau2 je maksud lagu tuh.hehhe..
this is another girl..
cun2!!
nyanyi lagu siti gaks =D



serius! suara dia sedap plus tak pelat! ...

aku bukak syarikat,pekerja ku? lawak2

statusku??? hahaha...
bday aku lak same dgn M. owen ;-)



bile kaler lak mak aku name normah...
ain? kecantikan muka??? >>mampukah pusat kecantikanku ini berjaya..;p
zara??? langsing ke??? maybe seswai2...



dua name nih dicadangkan oleh rumetku...
maybe scandal2 beliau.. hahaha...

dats all.. bg aku mende nih sume lawak...
dah r bukak pusat kecantikan...
mmg lawak...

haha...yg penting esemen aku nih siap dan mau dihantar pd lecturer aku hari ini...

~semogadptmarkahpenuh~
~amiinn~






sila amati pic ini benar2...

;-)

Monday, April 6, 2009

one voice!

lagi lagu macam here in my home.,,
okeh gak la. tapi opening music macam penah dengar..
tapi macam here in my home lg best kot..
tp needless to say aaaa that both of them meaningful .. ohoo





dengan satu suara,,
kita serupa walau berbeza,,.
genggam semangat waja..
dan langkah bersama
dalam rentak padu yang sama!~~




Sunday, April 5, 2009

yg bertakhta dlm hatiiikuuuuu...

idaman kalbu
aim
target
matlamat
cita-cita
impian

...semoga suatu hari nnt...
...ENGKAU MILIKKU....


[INSYAALLAH]
[SEMOGA IMPIAN MENJADI REALITI...AMIINN]

Thursday, April 2, 2009

help me out!




tak tau nape.aku rase video dia sangat cool.even cam biasa plus macam penah tengok..,tapi best! ... hehehe

to nad and tedi

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

ohoo.tq nad.tq tedi(sory lmbt reply ur award).... hehee..

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.
nad:: skoolmate kteorg.tapi klas newton.budak telekom.sengal.macam de skandal nih.ahaks!

tedi:: blogger sekawan~

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri
oppsss! malas nak taip.sila lihat ini.

4. anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.
mea
qilaqiut
izni
tq tedi.tq nad.!! sory lmbt reply.
norm
anas gemoks