Inilah gambaran tepat bagi sepasang suami isteri apabila mereka ditemui mati dalam keadaan berpelukan di dapur rumah di Kampung Peramu, dekat sini, petang semalam. Mayat Musa Daud, 64, dan isterinya, Aminah Nor, 65, ditemui jiran dan anak bongsunya, Suriati, 23, kira-kira jam 3 petang selepas mereka memecah masuk rumah itu melalui tingkap. Suriati yang tiba di rumah bapanya mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam serta tingkap tertutup rapat. Beliau bersama seorang jirannya mengesyaki sesuatu yang tidak kena di rumah ibu bapanya apabila terhidu bau yang kurang menyenangkan. Kelu lidah saya selepas dimaklumkan jiran itu ibu dan ayah ditemui mati berpelukan di dapur dalam keadaan lengkap berpakaian. Saya reda dengan ketentuan Ilahi yang menjemput ayah dan ibu saya pulang ke Rahmatullah, katanya yang tidak dapat menahan sebak selepas kehilangan dua insan tersayang, ketika ditemui di tempat kejadian, petang semalam. Suriati yang tinggal di Kampung Kempadang berkata, kali terakhir dia bertemu dengan bapanya pada Khamis lalu, dan arwah sempat bergurau dengan berkata kalau ayah mati, emak akan ikut sekali. Saya tidak sangka gurauan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila mereka ditemui mati berpelukan di dapur, katanya. Suriati berkata, jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. -sumber-
SILA TOUCHING SKANG!!!
p/s: semoga roh pasangan ini dan arwah Meor Ahmad Fuad b. Meor Badri (din beramboi) dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di syurga. aminnn.
1 comment:
sadisnya...T__T
Post a Comment