Tuesday, April 21, 2009

setiap yang bernyawa akan merasai mati

masukkan diri anda dalam setiap entri ini...
mulakan dengan bismillah...


Apabila aku keluar sahaja daripada kereta BMW 3 series kepunyaanku, halaman rumah itu sudah dipenuhi oleh orang ramai. Hampir semua orang yang berada di situ aku kenal. Ya! aku kenal mereka. Aku teruskan langkah lagi...

Di tepi halaman rumah itu, terdapat orang kampung yang sedang menyiapkan keranda. Aku teruskan langkahan ku lagi...

Apabila aku mendekati pintu rumah, aku ternampak sahabat baik aku yang baru sahaja tiba, bersama dengan rakan-rakanku yang lain. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah, ahli keluarga aku berada di sisi jenazah yang baru sahaja selesai dimandikan.

Siapakah yang meninggal dunia???

Dengan penuh tanda tanya, aku mendekati jenazah. Melangkah perlahan-lahan ke sisi jenazah dan akhirnya aku sudah sampai disisi jenazah. Dengan lafaz bismillah, aku membuka kain putih yang menutupinya. Alangkah terkejutnya aku, melihat yang berada di pembaringan itu adalah AKU! Ya! Diri aku sendiri...

Selepas aku disembahyangkan, roh aku berlegar-legar di sekeliling rumah dan roh aku mampu mendengar apa yang orang ramai perkatakan mengenai aku semasa hidup aku. Adakah aku orang yang baik ketika aku hidup??? Sekiranya aku boleh, apakah yang aku hendak mereka katakan mengenai aku, sewaktu hidupku.

Ibu bapa aku...................................................................
Adik-beradikku..............................................................
Saudara-maraku............................................................
suami @ isteri ................................................................
kawan-kawan.................................................................
jiran-jiran........................................................................
majikan............................................................................
guru-guru........................................................................

UJIAN di pembaringan???
Semasa kita di pembaringan, apakah lagi yang kita ada?
Dimanakah kereta BMW 3 series kita?
Di manakah wajah yang cantik dan tampan kita?
Sifat apakah yang boleh temani kita di dalam kubur?
Yang menjadi penyuluh kegelapan di alam kubur?

SEMASA KITA LAHIR, KITA MENANGIS DAN ORANG LAIN BERGEMBIRA. ADAKAH APABILA KITA MATI KITA BERGEMBIRA DAN ORANG LAIN MENANGIS???

Nabi SAW pernah berkata," Apabila mati seseorang anak Adam akan terputus semua kecuali tiga. Sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan doa anak salih."

inna lillah wa inna ilayhi roji'oon




[darisalahsatubukuDRFADZILAHKAMSAH.terimakasih]

No comments: