RENUNGKANLAH...
Cinta Nafsu Dan Cinta FitrahBila seseorang itu berkahwin, sayanglahia pada suaminya, walau siapa punsuaminya. Misalnya seorang perempuanyang pernah bersuami, kemudian berpisahhidup (bercerai) atau mati, kemudian iaberkahwin lagi dengan lelaki lain, makakasihlah ia akan suami berubah kasihnyakepada suaminya yang baru walaupun masihingat pada yang lama. Inilah cinta nafsunamanya. Ini berbeza dengan kasih ibubapa kepada anak-anak dan sebaliknya.Sekira ditukar emaknya dengan permaisuriraja sekalipun , namun hatinya tetapkepada ibunya di kampung. Begitu jugaibu bapa, walau diganti anaknya denganputera sultan sekalipun, ingatan tetappada si anak. Itulah cinta fitrah yangmurni. Manusia tidak pernah merajukapabila ibunya beranank lagi, ertinyadia tidak bimbang jikalau kasih ibunyberbelah bagi terhadap dirinya dan adikberadik yang lain. Malah dia turutberbangga dengan kelahiran adiknya.Walaupun dia tahu selepas itu kasihibunya bukannya untuk dia seorangsahaja. Inilah kasih sejati dansemulajadi yang tidak dikaitkan denganapa-apa kepentingan. Ia membuatkanseseorang itu rela memberikankebahagiaan kepada seseorang yangdikasihinya. Sebaliknya cinta yangdidorong oleh nafsu adaah cinta yangtidak suci kerana ada kepentingan diri.Ia bersalut dengan cemburu dan hasaddengki yang datang silih berganti. Diaingin bolot cinta untuk dirinya sendiri.Cinta yang semacam itulah sewaktu-waktumenghancurkan kebahagiaan suami isteri.Terutama bila suami kahwin lagi (poligami ). Isteri sanggup untuk lagukanapa sahaja demi melepaskan geramnya,benci dan dendam kepada suami. Walhalalasan yang digunakan untuk bertindaksedemikan adalah kerana cintakan suami.Ini akan menambahkan lagi kusutnyarumahtangga. Kiranya seorang isterigagal memberikan cinta fitrah (suci)kepada suaminya, nescaya masalahrumahtangga tidak akan selesai. Keranacinta nafsu itu sememangnya tidak akanmendorong seseorang untuk mengutamakankehendak Allah dan kehendak suaminya,kecuali kepada perkara-perkara yangsesuai dengan nafsunya. Sebab nafsu itusifatnya adalah mementingkan dirisendiri dan memperkecilkan kepentinganorang lain. Dia akan control suaminyauntuk dirinya sedangkan di dalam Islam,orang yang paling baik ialah orang yangdapat memberikan banyak kebaikan kepadaorang lain. Sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik manusia itu ialah merekayang dapat membuat kebaikan terhadapmanusia yang lain." Untuk menjadibaik, kita mesti mengasihi suami kitasecara fitrah (suci) bukan dengan nafsusemata-mata. Cinta suci hanya lahirdaripada iman dan taqwa. Hati orang yangbertaqwa adalah untuk Allah danRasulNya. Hati yang demikian akanmelihat akhirat lebih utama daripadadunia. Maka orang yang sedemikian akanmengorbankan dunianya untuk akhirat.Suami didorong untuk melakukan sebanyakmungkin kebaikan dan ibadah demimenyelamatkan keluarga daripada azabAllah. Hal ini akan melahirkan sikapsensitif terhadap perjuangan untukmenegakkan agama Allah. Segala tindaktanduk didorong untuk membangunkan agamaAllah ini. Suami digalakkan belajar ilmuagama dan bergaul dengan mereka yangarif tentang Islam. Bukan takut taktentu pasal sehingga secara tidak sedarmengwal pergerakan suami. (queencontrol). Kalau kita mahukanmasyarakat jadi tenang, aman darisebarang maksiat dan kemungkaran, makakita hendaklah memberi sumbangan kepadaIslam. Kita boleh sumbangkan duit,pakaian, masa, tenaga, fikiran,kepandaian, berdoa atau apa sahajaasalkan ianya boleh mempercepatkantersebarnya Islam. Dan yang palingpenting ialah membetul rumahtangga agarselaras dengan hukum hakam yang telahdigariskan oleh Allah s.w.t. Suamiditaati dan dicintai secara fitrah danmengutamakan Allah dan Rasul dari yanglainnya. Bagi seorang isteri, jika diasedar akan hal ini, hatinya tidak akansusah. Umpamanya jikalau suaminya baliklambat sedikit, atau mungkin ada kerjasehingga seminggu tidak balik, kitatidak akan marah-marah. Kita akan sabardengan suami kerana itulah yangdikehendaki agama dan akan menjaminkeharmonian rumahtangga. Inilah cintafitrah namanya. Tetapi jika cinta nafsutelah menguasai diri, kita akan menjadisebaliknya. Kita akan marah dan memakihamun suami kita. Dan ini akanmenyebabkan rumahtangga menjadi tidaktenteram. Kerana itu pada hari kitadapat lihat banyak kerosakan rumahtanggayang berlaku. Kadang-kadang luarnyasahaja nampak bahagia tetapi di dalamnyapenuh derita. Suami lebih senangmenghabiskan masa di luar rumahmenjalankan aktiviti-aktiviti yang tidaksepatutnya. Rumah bukan lagi menjadisyurga baginya tetapi ibarat neraka.Tidak hairanlah kenapa pada hari initerlalu ramai lelaki yang sudah bersuamimemuaskan nafsu di luar. Perzinaanmenjadi-jadi. Maksiat dan mungkarbermaharaja lela. Kelab-kelab dangdutdibuka sehingga pagi kerana mendapatsambutan yang menggalakkan. Walaupun didalam hal ini kesalahan tidak diletakkanpada isteri seratus peratus. Tetapisebagai muhasabah, eloklah direnungkan.Seorang isteri yang menghalangkehendak suaminya, walhal suami mampudan merasakan ianya satu keperluan,adalah seorang isteri yang mementingkandiri sendiri kerana terlalu melayancinta nafsu. Bila suami ingin kahwinlagi umpamanya, bermakna suami sudahpunyai keinginan pada wanita yang lainselain daripadanya. Sekiranya keinginanitu tidak ditunai atau dihalang, suamimula liar dan tawar hati denganisterinya. Bila hal ini berlaku, makahubungan suami isteri akan mula cacatsedikit demi sedikit. Jikalau isterimemahami, si suami akan terasa terhutangbudi kepada isteri. Kasih sayangnyakepada isteri akan bertambah. Walaupunkadang-kadang orang berkata "Ituhanyalah alasan untuk memenangkanlelaki" tetapi sekurang-kurangnya,isteri dapat mengelakkan suaminyadaripada berzina dan mendapat kemurkaanAllah. Inilah pengorbanan yang tinggiuntuk mendapatkan keredhaan Allah.Semoga Allah membalasnya dengan rahmatdan kasih sayangNya. Kita lihat didalam sejarah, kisah Siti Asiah, isteriFiraun, walaupun suaminya derhaka denganAllah dan mengaku dirinya tuhan, SitiAsiah tetap mendoakan agar suaminyadiberi hidayah dan taufik agar kembalibertaubat dan menyembah Allah. Tetapikerana kedegilan Firaun, sehingga matidia tetap mempertahankan keegoannya.Tetapi bagi Siti Asiah, Allah angkatkemuliaannya sehingga di dalam MaulidBerzanji yang dikarang oleh SyeikhJa'far Al Barzanji disebutkan yangmembidankan Aminah, ibu Rasulullah s.a.wsewaktu melahirkan baginda ialah SitiMariam, ibu nabi Isa dan Siti Asiah,isteri Firaun. Begitulah kemulian dandarjat yang diberi oleh Allah s.w.tkepada Siti Asiah disebabkankesabarannya. Dalam kehidupan kita,yang paling penting ialah Tauhid kitadengan Allah s.w.t. Tauhid itu bukansekadar ilmu yang membahaskan rukun Imanyang enam, tetapi yang paling pentingialah penghayatannya bahawa setiapkejadian yang berlaku itu " kerjaAllah". Bila diberi nikmat, pangkat,harta kekayaan, maka kita patutbersyukur. Jika kita diberi musibah,penderitaan dan kesakitan, kita sabardan redha kepada Allah yang menjadikansegala-galanya. Telah tersebut di dalamHadith Qudsi : "Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku,maka carilah bumi lain selain daripadabumiKu, Carilah langit lain selain darilangitKu, dan carilah tuhan lain selaindaripada Aku." Oleh sebab itu kitakena bersabar dengan sedikit kesusahanyang Allah timpakan kepada kita. Keranamatlamat kita adalah untuk mencintaiAllah dan RasulNya. Yang lain itu hanyacinta yang sementara. Harta lamakelamaan akan hancur ditelah zaman.Suami juga akan mati. Keegoan dankepentingan diri akan membawa bencanakepada kita. Oleh itu pilihlah cinta fitrah yang Allah letakkan di dalam hati orang-orang yang mengenal dan mencintai Allah daripada cinta nafsu yang akan memakan diri dan mengelirukan jalan kita menuju kepada Allah s.w.t.
S.O.S
No comments:
Post a Comment