Wednesday, December 31, 2008

mama!!

hepi besday to u!!
hepi besday to u!!!!



hepi besday to mama!!!
hepi beday to u!!!~~~

yeahhhh~~~

Monday, December 29, 2008

1 muharram 1430


hepi besday to me!!!

semoga tahun ini, aku menjadi seorang yang lebih baik dr tahun2 sebelumnya...
aminnn...

aku dh 21 thn!!!
~1 muharram 1409 = 14 ogos 1988~

Saturday, December 27, 2008

26dec2004

tetbe terdnga lgu nih plak
hahahah..
1st impression?? --ngantok gle lgu nih
starting yg agk creepy ah.

hahahahaa..
layan je ah.dh org suggest lgu nih.

--------------



4years ago:: 26dec2004.. pe jdik??? kt indon,penang(msia),india,thailand,,
tsunami yg smpi skang sumer org igt..pergh2
lebih drpd 220000org terkorban.



tgk brita tv3 semlm wat segmen tsunami pas 4taun >>sdey plak..
nk survve pas pe dh jadik.
tgk vdeo2 die blk...urghhhhhh



dasat2...ble org wat xperiment lg ah nmpk beza ngan ombak biasa..
nih ker org kate balasan or peringatan dr Allah?




tp after tuh rmi org jmpe ikan pelik2...
uih
tp de org jmpe nih after tsunami kat Chennai area Indian Ocean Tsunami..

Thursday, December 25, 2008

backtoschool

perlu ker blk u awal2??
hampeh btul.siap kne ugut ngan msg kne blk awl.spe lmbt sehari byar 15iggt..
perghhh.. ::
hampeh.
igt kte nih ape agak nye..
ske ati ah nk check in ble
adeii



ngok ngek!!
start new sem plak.klo nk maen2 lg brani wat ahh!!
hhehee

Friday, November 28, 2008

Thursday, November 27, 2008

permission denied

sedang gatai2 check url kamuu ::
permission denied<<
okeh.let it be

syuh2 ...

hhahahahaaaaaa ::
mintak maap..,

bukan mahu bajet :: tp klo anda ckp aku bajet ppun okeh gak
okeh.tamau kco anda lg
ko pegi :: aku pun pegi..


yehaaaa!~

Saturday, November 22, 2008

partylikearockstar

selamat plus epi oliday kpd sumer kengkawan ::
dpt la merehatkan otak for lebih kurng 1 blan ..huhuuhuh...
oleh itu :: pasti lah korang de planning yg dasat2 mahu diwat...
oleh itu jgak :: cuti2 nih mesti ah byk keje kawin. post aku nih pun psl wedding..de 2 wedding yg agak penting this oliday.so aku ingin la menjemput korang sumer dtg ke wedding2 ini;;

1. akak aku(kak jah)
pd 12dec2008 hri ahad.
add umah aku :: lot 848 km. 16 kampung tehel, 77200 bemban, melaka

2. ckgu zurina(ckgu SBPIS)
pd 29nov2008 hri sabtu
add umah die :: 620-7 lorong seluang, jalan paya ikan, 75150 bukit baru, melaka

jemput2 dtg!!...hehehehe
epi oliday~~~

Wednesday, November 19, 2008

al-fatihah

al-fatihah.
syira bru msg td :: nenek die bru meninggal
innalillah ....
tlg sedekahkan al-fatihah utk arwah....
Allah lebih sygkan nenek die....

al-fatihah...

Monday, November 17, 2008

hospitalisme

assalamualaikum...
1stly, nak ucapkan tq byk2 kt sume yg mendoakan nenek aku, terutamanya zara(yg xputus2 bc yasin 4 my grandma), ain, mashkura, normah, maizatul, emelia, kauthar, aisyah, anas, umar, asraf, cd, n lain2... tq very2 much!
alhamdulillah..nenek aku bertambah ok sket..tp still dbwh icu... perkembangan stakat nih boleh buka mate... yg plg sedey, nenek aku nangis.. sabar ye nek! n yg terbaru...nenek aku bru lps wat operation bantuan pernafasan kt leher,, leher nenek ku ditebuk... sungguh kesian! semoga nenekku sentiasa tabah n kuat menjalani prubatan yg menyakitkan!!!!
sepanjang kuar msk hospital ni byk yg aku dpt belajar... pertama! penyakit xknal umur! kedua: sakit dktkan diri kita dgn Allah SWT... ke3: ni yg plg sedey r... aku tgk kt pskt tua-keseorangan @ isterinya tmn... kt pesakit muda-bondanya disebelah... see! ini membuktikan bhwa ibu sentiasa prihatin terhdp anaknya... betullah kata org, seorg ibu boleh jage 10org anak.. tp 10org anak lom tentu dpt jage seorg ibu! mnta2lah aku bkn jenis anak yg cmni... ameenn.. hmmm...
blk icu nih dkt dgn blk org bersalin.. so perkara ke4 yg aku dpt tgk... kegembiraan ibu2 n bapa2 yg baru dpt anak! comel2 sungguh anak mereka... ke5... erti persahabatan.. kt sebelah katil nenek aku, adalah sowg budak a.k.a calon spm yg bru lps exciden! sgt2 kesian!... mmg truk r... tp aku dpt tgk... byk kwn2 yg dtg lwt die... terharu aku... aku rase lbh spuloh org kwn die yg lwt die.... beruntung die... semoga beliau cpt sembuh n sihat... semoga bonda beliau tabah...
hmmm...
aku nih de lg 1 paper... ekonomi... pastu aku akan blk melaka trus! to zara n aqilah sorry byk2... to zara: sowy xpat teman ko.. to aqilah: sowy xpat jumpe... hmmm... aku kne pulg... nenek ku skt...
p/s;) doakan nenek aku ya!
------------------------

its hurt

kadang2 hati terluka diisi dgn 'objek' yg xseptutnye berada kt situ :: lalu hati pun rasa sakit ditikam 'objek' tuh :: jgalah ia :: hati itu lembut fitrahnya, akan teguh jika ditempatkan Allah di dalam nya ::..

thanx unai

Tuesday, November 4, 2008

Tuesday, October 28, 2008

panduan cinta... wallahu'allam...

__________________
Seni Berfikir
* Cinta Sejati itu tidak buta.
Cinta itudikurniakan kepada makhluk yang berakal.
Kerana cinta memerlukan akal bagi
menilainya dari sudut mutu etikanya.
* Cinta itu bukanlah segala-galanya.
Walaupun ia penting dalam hidup, iman
yang lebih penting dari cinta. Dengan
adanya iman, barulah anda boleh
mencintai dengan Cinta Sejati. Cinta
juga perlu kpd akal kerana cinta
tergolong kepada hal nafsu.
* Cinta perlu kepada pedoman atau
peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan
buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak
pernah menolak pedoman dan tidak lupa
pada pedoman hidup, iaitu ISLAM.
* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda.
Sebagaimana halnya dengan diri anda,
cinta juga adalah amanah.Tidak wajar
untuk anda jadikan amanah untuk
memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.
* Cinta Sejati itu sifatnya total.
Ertinya walaupun anda cinta kepada
kekasih anda, ia hanya sebahagian dari
cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu
adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta
pada diri anda,cinta kepada ibubapa
anda, cinta kepada masyarakat anda,cinta
kepada agama anda, dan dalam masa yang
sama cinta kepada kekasih anda. Kerana
sifatnya total dan menyeluruh, maka
Cinta Sejati akan menjadi adil. Ia
meletakkan cinta pada yang berhak untuk
dicintai dan setakat mana patut
dicintai. Ia tidak melebihkan cinta
kepada kekasih saja hinggakan lupa pada
cinta yang lain.
* Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia
khas untuk anda. Ia bukan hak orang
lain. Jika anda beri Cinta Sejati, ia
tidak semestinya dibalas oleh orang yang
anda beri. Tapi anda tidak akan kecewa
bila cinta tidak berbalas kerana anda
tahu anda bercinta di bawah naungan
Pencipta, yang tentu membalas kebaikan
terhadap cinta anda yang putih bersih.
Seni Merasa
* Cinta yang anda nikmati sedikit demi
sedikit berkat kesabaran itulah yang
lebih membahagiakan anda. Anda tidak
perlu gelojoh dalam cinta. Ini kerana
jika anda gelojoh, anda mungkin seronok
sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih
ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,
yang sederhana sifatnya, tidak
melampau-lampau. Anda tidak terlalu
terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta
anda sejati. Anda masih boleh membuat
pertimbangan yang wajar.
* Jika kecewa bercinta, jangan hingga
berputus asa, kerana rahmat Pencipta
masih dikurniakan untuk anda. Cubalah
rasai betapa beruntungnya anda mengecapi
nikmatNya yang lain, dan bersyukurlah
kepadaNya.
Seni Bertindak
* Jangan mendahului ketentuan. Anda
perlu banyak bersabar dalam bercinta.
Bila sampai masanya anda akan dihalalkan
untuk membuktikan cinta, barulah anda
membuktikannya itulah Cinta Sejati.
* Jikalau anda bercinta sebelum
berkahwin, layanilah sekadar saja.
Yang penting ialah menikahi
kekasih anda(bila sampai masanya),
itulah ertinya
menerima cintanya, kerana nikah adalah
ikatan cinta.
* Andai kata anda bercinta sebelum
berkahwin dan kekasih anda mahu
merosakkan kehormatan anda, jauhilah dia
dan jangan rasa kesal akibat
kehilangannya. Mudah-mudahan anda akan
mendapat kekasih yang jauh lebih
memahami Cinta Sejati dan tulus dalam
cintanya terhadap anda.
* Manifestasikan cinta anda hanyalah
setelah bernikah. Berdoalah agar cinta
itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat
rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar
dikurniakan kepada anda nikmat Cinta
Sejati yang tiada taranya. Cinta Sejati
atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta
ini celik dan kecelikan cinta itu dapat
mencelikkan pula yang lain. Cinta Sejati
tidak buta dan tidak wajar dikatakan
buta. Cinta yang buta ialah cinta yang
bernoda. Cinta yang buta itu segalanya
buta. Buta tentang cara dan peraturan
cinta, buta tentang tanggungjawab cinta,
buta tentang hikmah cinta, malah buta
tentang hakikat diri. Cinta yang buta
itu cacat, kerana ia buta. Sayangnya
ramai yang suka kepada cinta buta,
membiarkan dirinya hanyut dibawa arus
geloranya, tersadai di celah akar pohon
kecewa, lalu berkata, 'Cinta Itu Buta'.
Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila
dan Majnun atau Romeo dan Juliet. Dari
kerana Cinta Suci adalah jelas, sebagai
perbandingannya adalah cinta Adam dan
Hawa, Yusuf dan Zulaikha, Rasulullah dan
Khadijah, atau Saidina Ali dan Fatimah.
________________

Friday, October 24, 2008

tribute to blank memories-syirah

pergh.bernanah telinga aku selama 5min 8 saat..!!
geli2!!

haaaha
spe mau denga??
huh.
to rummate :: xkan aku dwnload lgu ko
xsedap plus geli!!
haahahaahaa

lagu :: syirah

hahaha... xsangka ade lagu nih...
agak menggelikan tengkorak aku r!!!
sehingga xsggp aku sertakan lirik die skali di sini...

tp klu nk dgr.... click bwh nih...n pilih track no 4!
http://amp.channelv.com/amp/viewArtist.html?id=27674

wahahhaa!

si tempayan

Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantungpada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daritempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayanyang utuh itu selalu dapat membawa air penuh, setelah perjalanan panjang darimata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa airsetengah penuh.Selama dua tahun hal itu terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawasatu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang utuhmerasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.Namun, si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akanketidaksempurnaanny a dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah penuh air tersebutSetelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkatapada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya inginmohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini,membawa setengah penuh saje air kerana adanya retakan pada sisi saya yang membuat airyang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatkuitu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya,ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamumemperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan barumenyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itumembuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedihkerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali dia minta maaf pada situkang air atas kegagalannya.Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanyabunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjangjalan di sisi tempayan yang utuh itu. Itu karena aku selalu menyedari akancacatmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiaphari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu.Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untukmenghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita takakan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalahtempayan retak. Di mata Tuhan yang bijaksana, tidak ada yang terbuangpercuma. Jangan takut akan kekuranganmu.Kenalilah kelemahanmu danKetahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.Seseorang disebut sebagai orang yang sukses jika ia boleh tetap hidup danmenikmati kesuksesannya dengan rasa bersyukurteruskan menghargai hidup =)

lu pk lah sendiri!

____________________________________________

Tuesday, October 14, 2008

hepi besday to my besfwen!!!

hepi besday!!!

hepi besday!!!

hepi besday!!!


semoga persahabatan kite sentiasa dibawah keredhaan Allah SWT...

ameenn...

Monday, October 13, 2008

abang...nak bli kuih???

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah TelukIntan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran dipinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki- berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segeramenyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Diaberlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelangganlain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalubegitu saja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasamenghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambilmenepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima.Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya..." Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."Molek budi bahasanya!Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnyabertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihandihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampaklangsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yangditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan danminuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihatberada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu ,membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepikereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin,membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun."Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untukadik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambiltersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul denganmenyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih danbersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet,dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya." Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" sayaberkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanakitu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terusberjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapatmembantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkahterperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-duamatanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggilkanak- kanak itu."Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya."Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagiadik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya."Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahusaya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allahberikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duitsebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuatbang!" katanya begitu lancar.Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.

Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalambakul itu."Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidahsaya kelu nak berkata."RM25 saja bang.....!Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, sayahulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Sayaperhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanyastatusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yangmelahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagiatas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang daptmenjadikan kerjayanya satu penghormatan.Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu.

Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!! !

Sunday, October 12, 2008

Saturday, October 11, 2008

STOKIN

tatkala stokin tertinggal kt umah mother in law to be, sekepok malu turun di muke!!! hadoyai!!!

aku skg amat sensitf dgn stokin...
hhahahahhahahaa.... sowilah makcik... xsengaja... dh letih sume lupe...

haiyooo.... igt nak msk kan gmbar2 raya... tp mslhnye... intnt ukm xbpe bagos... huhu... mmg kenangan masam2 manis r tym rayer dgn mmber2 terchenta...
stat dr rumah mash, anis, adah, norm, aku, ain, mat daus... n last+pnuh dramatik... umah aie (abg syg ain)...hahahaha... pnat! sowilah rumet tersyg... xpat beraya rumah ko.... hari dh lewat....

yg plg pntg skalik aku yg drive... huhu.. baru pegang kete mmg excited... kali ke2 bw kete dgn kwn2...perjalanan berjalan lancar... 10pg aku dh kuar...mule2 aku yg drive, pas2 aku sruh mash coz aku xbpe tau jln kt melaka...almaklom ler...pale hotak aku mmg susah sket nk igt jln..keh3... nak wat cmne... huhu... mlm menjelma! ready to hntr sume mmber pulang...mash rabun mlm... huhu... so.. aku lah yg kne bw... tkt giler tym nih.. nak lari dr drive mlm, aku sruh anis bw smpi umah die dlu r... hahaha... nak x nak.. lps umah anis aku yg kne bw... huhuhu... serves menikam di dada... 2nd tym bw mlm, 1st ble dgn bpk aku... huhu... tp ni fes tym r bw mlm dgn mmber2 w/o kwln bpk terchenta.... mcm2 doa aku bc dlm hati... alhamdulillah... org terakhir aku hntr mash... tym to blk umah sendiri!!!!! dh kul 10++mlm... hbslah kne mrh dgn bonda terchenta... tibe2... mash o mash! cmne jln blk umah aku??? kah3... xtau blk umah sndiri...wat malu jer... mash pon cerita r..bla bla bla bla... dua tiga kali mash cite... jeng3... tibe2 mash pon ckp... oh syira! aku xyakin r dgn ko... kang mne2 ntah ko pegi... kah3... mash pon tmn aku tunjuk jln... die naik moto... mash tnjuk sepruh jln jer... coz aftr tu... aku dh tau kot jln blk umah sendiri... keh3... malu3.... tq mash!!!!! kete mmg byk tym nih... dpn melaka sentral lgk byk... alhamdulillah... aku dh msk tmn umah aku... aku pon bukak lah pintu gate... otw nak paking...o o o.... paking mmg plg bermasalah bg aku... tibe2.. gedegang!!!! alamak! cpt2 aku tukau gear reves.... terlanggar pintu umah aku!!!! adoi!!! cpt2 aku kuar... fuh! seb baik xbape nmpk calar+lekukan yg skit jer... hahahhaaa... syira2.... pas2... aku msk blk dlm kete dan paking btol2 wlpn xbpe btol sbnrnya.... dgn muke selamber ibarat nothing happen... aku msk blk n trus baring!!! owh penat!!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, September 25, 2008

open ur heart :: aku yg xde kje lg...

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”Mak jawab, “dua-dua bukan..”Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”Saya memintas, “Tak faham..”Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.Secret Admire“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.Adakah ia suatu diskriminasi?“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..Bukan luar biasaTentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”Redha“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Tuesday, September 16, 2008

Monday, September 15, 2008

[biru] :: bilakah mimpi aku

[countdown] :: 5 ari lagik blk umah!!!! yahooooo!!!!



[putrajaya] :: esok bukak pose free!!!(bajet pose jer...hahaha..) fatmaku syg ajk bukak pose umah die... hehehe...



[mimpi] :: hmm... semenjak 30 menjak nih... aseb dgr org nak fly jer... fes, adik dorm aku... p jordan... pastu kwn mai 2 org... p ireland dgn mne ntah lgk sowg... pastu una besfwen a*as... huhuhu.... pastu lecturer aku lak cite study kt overc... huhuhu.. akibatnya... aku mimpi aku lak yg g overc... hahahhaa... poyos! yang bes nye lom smpi lagik ni... still dlm kpl trbg aku dh nangis gler2 nye hom6! tpon bonda ckp nk blk!!!! hahahaha... tgh nangis2.. tibe2 de org pggl name aku... syira... syira.... o o o... zara dh blk... aku kne bukak pintu... tgk jam 0036... aisey... mimpi rupenye... aku pon bukak pintu.. zara bw blk mknn aku tempah td... mee goreng mamak.. hahahha... ape lagik... mkn lah gue... lps mkn... tgk jam dh kul 0102.. maka stret tdo aku... zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ........


[kenanganmanis] :: kejadian ini berlaku after klas eko... otw blk zaba... berdekatan uo...huhu... aku jatuh moto lagik... alhamdulillah xde ape2... jatuh moto dgn mai... erkkk.. bleh juga disebut as exciden kot... hahhaaaha... dua2 tergelak... seb bek lah mamat+minah yg terlibat skali dlm jatuh moto nih tlg kami... hehehe.... hrp2 mai xserik naik moto dgn aku lagik^_^ ... moto aku??? ape jadik??? side mirror belah kanan retak... wahaha.. mls giler nak gnti... mai ckp klu nak gnti kne gnti dua2... so aku ambil pilihan untuk tidak mgganti... spuloh hengget bleh bli tiket blk umah oooo.... kenangan terindah antra aku dgn mai... thanks to mamat+minah yg tolong kami... moral of the story utk kami+mamat+minah jgn gne moto di ruang pejalan kaki... lu pk lah sendiri!!! assalamualaikum!

p/s: jgn lupe bc doa naik kenderaan!!!! jatuh moto lagikk... lagikkk lagikk jatuh moto....~

Sunday, September 14, 2008

[biru] :: tatkala kebuhsanan+kerinduan terlampau

[today1400] :: kursus 1 aug dh tamat... yahooooo!!!!! next kursus bln spuloh.. xtau bile tp diawalkan dr tarikh asal... sbb tarikh asal dkt dgn final... zara tarik diri coz akak die kawin tym aug tu diadakn... agak cm sedey xde mmber lg... tp pagi td jumpe lak mmber 1 kos yg ku knal... alhamdulillah! selamat gue!!!



[arini1415] :: layan gokusen 3... dr ep7 smpi habis... bestnyeeeerrr frenship diorg! sggup wat ape sajer demi kwn sndiri! tgk ni smbil mkn... ponteng pose skali skala... hahaha.. sowg2 jer dlm blk, zara g umah anak yatim... igtkan nk hbs kan sebuku roti...tp rse cm melampau lak... pastu mkn gule2... mampos gigi gue rosak... tp nk wat cmne... daim yg sedap!!! fruit plus yeah!!! (fruit plus ni zara nye... hahahaha....)



[rumahku] :: xsabar giler nak blk umah!!! windu sume!!! homesick='(



[blog] :: aku dh tukau add blog aku... blog utk diri sendiri^^... nk wat cm diari aku... hahhaha... tp sape dpt cr aku blanje die sky juice... klu die... _ _ _ _ _ _ _ _ _ _8.bolgspot.com.... name sum1;-) + mksd name aku..+ bulan beliau;-) lahir + bulan yg aku lahir lah(nih dh de)! hahahahahaha...haiyo! he alwiz in my mind!!! hehehe... giler stalker aku... x r... saje jer... aku dh 0.55 lupekan die... tibe2 terigt jer... tp klu korg dpt cr, aku akan tukau lg address aku... xpon delete! yeah!



[maudeleteblog] :: aku nih jenis yg cepat buhsan bile wat sumtg... sbb tu rase cm nk delete jer blog aku... adoyai~ tp aku ske bc blog org len... cm best! blog feveret gue apuns.blogspot.com.... best blog nih... x rugi bace... beliau slalu sharing experience/sumtg yg xtercapai dek akalmu... hahaha...



[mode] :: kenape bile period perempuan akan lebih sensitip???????? skg aku mode sensitip~ tp aku cube sedaya upaya hide... hmmmm...



[esemen] :: xsiap lagik!!! esemen etika xsiap lagik... adoyai~ kne wat etika by bertrand russell... cr dlm intnt dh tntu ler english! nak translate lagik!!!! aaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Sunday, September 7, 2008

kepalsuan hadis kelebihan terawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

kelebihan terawih

harap maaf di atas kesalahan yg dilakukan sebelum ini.
terima kasih kepada yg menegur.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Saturday, August 23, 2008

ku merindu...

...sesuka hati korg jer letak name aku...

ain+mash! bile mau kuar lgk???

adoyai~

aku bleh kuar dgn korg jer...

xtaulah nape bapak aku pecayakan korg...hahaha...

sebut jer name ain... "kuarlah...",said en. roslan b. ahmad.

dunno y... but itulah fakta...

aku buhsan r... nak stadi tp xde feeling utk stadi...

aim skg nih::nak wat post psl prison break[scofield]sara[sucre]etc...

xsabar!!!!!


Friday, August 22, 2008

[pink] :: akhirnye...,


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, mutu perkhidmatan sistem pengangkutan rel awam di ibu negara adalah kurang memuaskan dan langkah segera perlu diambil bagi memastikan keselesaan orang ramai menggunakannya. Perdana Menteri yang meninjau sendiri masalah orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu dengan menaiki tren Komuter dan LRT di sini, semalam berkata, beliau tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan disediakan.

Dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek menggunakan dua perkhidmatan rel berbeza itu, Perdana Menteri melihat sendiri kesesakan pada waktu puncak serta sempat berbual dengan penumpang bagi mendapatkan maklum balas. Bercakap kepada Bernama di Stesen Masjid Jamek, beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan sistem rel disediakan serta mahu tindakan segera diambil memperbaiki mutunya. Katanya, antara kelemahan yang dikenal pasti termasuk jadual waktu perkhidmatan itu tidak sistematik, gerabak tidak mencukupi serta liputan laluan yang tidak meluas.

"Saya lihat tadi keadaan tren digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka terpaksa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu, nampaknya macam tak ada sistem. Saya tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat kepuasan dan ini kena diperbaiki," katanya. Dalam lawatan mengejut itu, Perdana Menteri yang tidak diiringi pegawai daripada dua syarikat perkhidmatan rel berkenaan, tiba di stesen KTM Komuter Serdang pada jam 8.15 pagi tetapi tidak dapat menaiki tren yang tiba sejurus kemudian kerana terlalu sesak. Beliau menaiki tren seterusnya yang tiba 15 minit kemudian menuju ke KL Sentral, dan di situ Perdana Menteri sekali lagi terpaksa menunggu seketika untuk menukar kepada perkhidmatan LRT Putra ke stesen Masjid Jamek kerana tren yang pertama tiba juga penuh. Dalam kedua-dua tren dinaikinya, Perdana Menteri yang berbaju batik merah bercorak keemasan, terpaksa berdiri walaupun ada penumpang menawarkan tempat duduk kepada beliau.

Perdana Menteri berkata, beliau akan memberi perhatian kepada usaha memastikan mutu perkhidmatan kedua-dua sistem rel itu diperbaiki khususnya bagi mengelak kesesakan serta memastikan ketepatan jadual perjalanan. Perdana Menteri berkata, antara langkah segera yang akan diambil termasuk memantapkan sistem jadual perjalanan dan sistem beratur, serta perhatian diberi kepada warga tua dan wanita yang membawa anak. "Banyak lagi pandangan penumpang yang diberi kepada saya untuk diambil perhatian. Saya akan usahakan untuk memperbaikinya dan saya akan cadangkan perubahan," katanya. Sementara itu, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang mengendalikan khidmat LRT di laluan Ampang dan Kelana Jaya, berkata masalah kesesakan itu dijangka selesai apabila lebih banyak tren diterima tahun depan. Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah, berkata pihaknya sudah membuat persediaan mengatasi masalah itu dan Syarikat Prasarana Nasional Bhd (SPNB) sudah menempah 22 set tren baru dua tahun lalu yang dijangka dapat memulakan operasi tahun depan. Dengan penerimaan tren baru itu, kapasiti muatan penumpang LRT dijangka meningkat daripada 160,000 orang sehari ketika ini kepada lebih 300,000 sehari dan ia dijangka mampu mengatasi kesesakan serta kelewatan. Bagaimanapun, KTM Bhd (KTMB) yang mengendalikan perkhidmatan tren Komuter, berkata kesesakan yang berlaku berpunca daripada kekurangan koc walaupun ia sudah membaik pulih 50 set tren yang dikendalikannya sejak tahun lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KTMB mengakui masalah kekurangan koc yang dialaminya sebagai kritikal kerana operasinya kini dikendalikan dengan hanya 27 tren, iaitu kira-kira separuh daripada angka yang diperlukan. KTMB juga berkata, proses membaik pulih gerabak yang dilakukannya menjejaskan jadual operasi kerana tren yang digunakan kadangkala mudah rosak, tetapi menegaskan akan berusaha meningkatkan kapasitinya sebagai 10 peratus dalam tempoh terdekat.
alhamdulillah :: akhirnye.,,fuh...
selama nih aku naek komuter pn cenggitu gak.pnah tnggu sejam lebih sbb tren rosak ler ape ler.,
pttnye klo minyak naek,public transport kne lg mantapkan coz lg rmi org gne public transport.
mcm kt jpun.dieorg naek gak minyak.,tp tren sume die mantapkan ::
[aku copy dr sum1 ckp]
huhuhhuu..,,
sronok aku!!!

Tuesday, August 19, 2008

[biru] :: Asean University Games,AUG

aku+zara de mohon AUG...
hrp2 dpt join...
jd sukarelawan...
nak trut serta jd atlet mmg r xlyk... wahahahaa....
tp klu dpt join... cuti sem mmg kne dikorban kan...
adoyai~
tp nak wat cm ne....
bkn slalu wat kt m'sia...
dh lah AUG yg ke 14...
hrp2 sgt dpt join...
doakanlah kami ea... ameennn....

lg 1, de exm mid sem...

yg dh lps:
14/8-calculus of complex variables(killer subject utk dak maths)
18/8-pengenalan insurans dan takaful
coming soon:
25/8-numerical methods
27/8-asas ekonomi 1
2/9-statistical methods

doakan lah saya~

Saturday, August 16, 2008

[biru] :: to anakku bukan anakku -fei mau-

tahniah chong wei!!! gud lux for final!!!


ko cube bygkan ko yg terjah misbun...
mau patah tulang misbun agaknya...
wakakakakaaa.....
just kidding...
thanks very20x(sempena umo aku) much! yeah!

Friday, August 15, 2008

[pink] :: mid sem xm!!

argghh!!..
nih lg 1...
sem nih sgt2 skt..,,adoiii
byk nye subjk nk mid xm...
lg nk seksa :: ukm xde mid sem break.. waH!!..
'best' gle!!...
hahahhaha[aku daa mcm xbtol]

aduhhh...
stakat nih de 5 subjek mau di mid sem xm kan...,,
  • oil n fats
  • mangkin
  • koloid
  • ekologi(nih subjek luar pusat aku pn nk xm,,ceh)
  • kump berfungsi orgnk(kbo)

adoiii...

skt maaa....,,

Wednesday, August 6, 2008

[biru] :: ...antara sains dan agama...


what is the probability the sun will not rise tomorrow?????