Friday, August 22, 2008

[pink] :: akhirnye...,


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, mutu perkhidmatan sistem pengangkutan rel awam di ibu negara adalah kurang memuaskan dan langkah segera perlu diambil bagi memastikan keselesaan orang ramai menggunakannya. Perdana Menteri yang meninjau sendiri masalah orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu dengan menaiki tren Komuter dan LRT di sini, semalam berkata, beliau tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan disediakan.

Dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek menggunakan dua perkhidmatan rel berbeza itu, Perdana Menteri melihat sendiri kesesakan pada waktu puncak serta sempat berbual dengan penumpang bagi mendapatkan maklum balas. Bercakap kepada Bernama di Stesen Masjid Jamek, beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan sistem rel disediakan serta mahu tindakan segera diambil memperbaiki mutunya. Katanya, antara kelemahan yang dikenal pasti termasuk jadual waktu perkhidmatan itu tidak sistematik, gerabak tidak mencukupi serta liputan laluan yang tidak meluas.

"Saya lihat tadi keadaan tren digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka terpaksa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu, nampaknya macam tak ada sistem. Saya tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat kepuasan dan ini kena diperbaiki," katanya. Dalam lawatan mengejut itu, Perdana Menteri yang tidak diiringi pegawai daripada dua syarikat perkhidmatan rel berkenaan, tiba di stesen KTM Komuter Serdang pada jam 8.15 pagi tetapi tidak dapat menaiki tren yang tiba sejurus kemudian kerana terlalu sesak. Beliau menaiki tren seterusnya yang tiba 15 minit kemudian menuju ke KL Sentral, dan di situ Perdana Menteri sekali lagi terpaksa menunggu seketika untuk menukar kepada perkhidmatan LRT Putra ke stesen Masjid Jamek kerana tren yang pertama tiba juga penuh. Dalam kedua-dua tren dinaikinya, Perdana Menteri yang berbaju batik merah bercorak keemasan, terpaksa berdiri walaupun ada penumpang menawarkan tempat duduk kepada beliau.

Perdana Menteri berkata, beliau akan memberi perhatian kepada usaha memastikan mutu perkhidmatan kedua-dua sistem rel itu diperbaiki khususnya bagi mengelak kesesakan serta memastikan ketepatan jadual perjalanan. Perdana Menteri berkata, antara langkah segera yang akan diambil termasuk memantapkan sistem jadual perjalanan dan sistem beratur, serta perhatian diberi kepada warga tua dan wanita yang membawa anak. "Banyak lagi pandangan penumpang yang diberi kepada saya untuk diambil perhatian. Saya akan usahakan untuk memperbaikinya dan saya akan cadangkan perubahan," katanya. Sementara itu, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang mengendalikan khidmat LRT di laluan Ampang dan Kelana Jaya, berkata masalah kesesakan itu dijangka selesai apabila lebih banyak tren diterima tahun depan. Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah, berkata pihaknya sudah membuat persediaan mengatasi masalah itu dan Syarikat Prasarana Nasional Bhd (SPNB) sudah menempah 22 set tren baru dua tahun lalu yang dijangka dapat memulakan operasi tahun depan. Dengan penerimaan tren baru itu, kapasiti muatan penumpang LRT dijangka meningkat daripada 160,000 orang sehari ketika ini kepada lebih 300,000 sehari dan ia dijangka mampu mengatasi kesesakan serta kelewatan. Bagaimanapun, KTM Bhd (KTMB) yang mengendalikan perkhidmatan tren Komuter, berkata kesesakan yang berlaku berpunca daripada kekurangan koc walaupun ia sudah membaik pulih 50 set tren yang dikendalikannya sejak tahun lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KTMB mengakui masalah kekurangan koc yang dialaminya sebagai kritikal kerana operasinya kini dikendalikan dengan hanya 27 tren, iaitu kira-kira separuh daripada angka yang diperlukan. KTMB juga berkata, proses membaik pulih gerabak yang dilakukannya menjejaskan jadual operasi kerana tren yang digunakan kadangkala mudah rosak, tetapi menegaskan akan berusaha meningkatkan kapasitinya sebagai 10 peratus dalam tempoh terdekat.
alhamdulillah :: akhirnye.,,fuh...
selama nih aku naek komuter pn cenggitu gak.pnah tnggu sejam lebih sbb tren rosak ler ape ler.,
pttnye klo minyak naek,public transport kne lg mantapkan coz lg rmi org gne public transport.
mcm kt jpun.dieorg naek gak minyak.,tp tren sume die mantapkan ::
[aku copy dr sum1 ckp]
huhuhhuu..,,
sronok aku!!!

1 comment:

JohnRMay said...

It‘s said that the Proton X70 2020 is coming now.Finanlly!