Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah TelukIntan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran dipinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki- berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segeramenyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Diaberlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelangganlain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalubegitu saja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasamenghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambilmenepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima.Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat
Setiap yang lalu ditanya..." Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."Molek budi bahasanya!Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnyabertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihandihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampaklangsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yangditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan danminuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihatberada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu ,membetulkan duduk dan menutup pintu.
Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepikereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin,membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun."Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untukadik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambiltersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul denganmenyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih danbersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet,dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya." Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" sayaberkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanakitu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terusberjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapatmembantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkahterperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-duamatanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggilkanak- kanak itu."Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya."Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagiadik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya."Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahusaya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allahberikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duitsebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuatbang!" katanya begitu lancar.Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalambakul itu."Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidahsaya kelu nak berkata."RM25 saja bang.....!Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, sayahulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Sayaperhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanyastatusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yangmelahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagiatas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang daptmenjadikan kerjayanya satu penghormatan.Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu.
Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!! !
4 Top Hostels in Kuta and Seminyak, Bali
5 years ago
No comments:
Post a Comment