__________________
Seni Berfikir
* Cinta Sejati itu tidak buta.
Cinta itudikurniakan kepada makhluk yang berakal.
Kerana cinta memerlukan akal bagi
menilainya dari sudut mutu etikanya.
* Cinta itu bukanlah segala-galanya.
Walaupun ia penting dalam hidup, iman
yang lebih penting dari cinta. Dengan
adanya iman, barulah anda boleh
mencintai dengan Cinta Sejati. Cinta
juga perlu kpd akal kerana cinta
tergolong kepada hal nafsu.
* Cinta perlu kepada pedoman atau
peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan
buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak
pernah menolak pedoman dan tidak lupa
pada pedoman hidup, iaitu ISLAM.
* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda.
Sebagaimana halnya dengan diri anda,
cinta juga adalah amanah.Tidak wajar
untuk anda jadikan amanah untuk
memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.
* Cinta Sejati itu sifatnya total.
Ertinya walaupun anda cinta kepada
kekasih anda, ia hanya sebahagian dari
cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu
adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta
pada diri anda,cinta kepada ibubapa
anda, cinta kepada masyarakat anda,cinta
kepada agama anda, dan dalam masa yang
sama cinta kepada kekasih anda. Kerana
sifatnya total dan menyeluruh, maka
Cinta Sejati akan menjadi adil. Ia
meletakkan cinta pada yang berhak untuk
dicintai dan setakat mana patut
dicintai. Ia tidak melebihkan cinta
kepada kekasih saja hinggakan lupa pada
cinta yang lain.
* Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia
khas untuk anda. Ia bukan hak orang
lain. Jika anda beri Cinta Sejati, ia
tidak semestinya dibalas oleh orang yang
anda beri. Tapi anda tidak akan kecewa
bila cinta tidak berbalas kerana anda
tahu anda bercinta di bawah naungan
Pencipta, yang tentu membalas kebaikan
terhadap cinta anda yang putih bersih.
Seni Merasa
* Cinta yang anda nikmati sedikit demi
sedikit berkat kesabaran itulah yang
lebih membahagiakan anda. Anda tidak
perlu gelojoh dalam cinta. Ini kerana
jika anda gelojoh, anda mungkin seronok
sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih
ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,
yang sederhana sifatnya, tidak
melampau-lampau. Anda tidak terlalu
terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta
anda sejati. Anda masih boleh membuat
pertimbangan yang wajar.
* Jika kecewa bercinta, jangan hingga
berputus asa, kerana rahmat Pencipta
masih dikurniakan untuk anda. Cubalah
rasai betapa beruntungnya anda mengecapi
nikmatNya yang lain, dan bersyukurlah
kepadaNya.
Seni Bertindak
* Jangan mendahului ketentuan. Anda
perlu banyak bersabar dalam bercinta.
Bila sampai masanya anda akan dihalalkan
untuk membuktikan cinta, barulah anda
membuktikannya itulah Cinta Sejati.
* Jikalau anda bercinta sebelum
berkahwin, layanilah sekadar saja.
Yang penting ialah menikahi
kekasih anda(bila sampai masanya),
itulah ertinya
menerima cintanya, kerana nikah adalah
ikatan cinta.
* Andai kata anda bercinta sebelum
berkahwin dan kekasih anda mahu
merosakkan kehormatan anda, jauhilah dia
dan jangan rasa kesal akibat
kehilangannya. Mudah-mudahan anda akan
mendapat kekasih yang jauh lebih
memahami Cinta Sejati dan tulus dalam
cintanya terhadap anda.
* Manifestasikan cinta anda hanyalah
setelah bernikah. Berdoalah agar cinta
itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat
rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar
dikurniakan kepada anda nikmat Cinta
Sejati yang tiada taranya. Cinta Sejati
atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta
ini celik dan kecelikan cinta itu dapat
mencelikkan pula yang lain. Cinta Sejati
tidak buta dan tidak wajar dikatakan
buta. Cinta yang buta ialah cinta yang
bernoda. Cinta yang buta itu segalanya
buta. Buta tentang cara dan peraturan
cinta, buta tentang tanggungjawab cinta,
buta tentang hikmah cinta, malah buta
tentang hakikat diri. Cinta yang buta
itu cacat, kerana ia buta. Sayangnya
ramai yang suka kepada cinta buta,
membiarkan dirinya hanyut dibawa arus
geloranya, tersadai di celah akar pohon
kecewa, lalu berkata, 'Cinta Itu Buta'.
Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila
dan Majnun atau Romeo dan Juliet. Dari
kerana Cinta Suci adalah jelas, sebagai
perbandingannya adalah cinta Adam dan
Hawa, Yusuf dan Zulaikha, Rasulullah dan
Khadijah, atau Saidina Ali dan Fatimah.
________________