Versi ko
Sahabat Aku lihat hujan ais pagi ini,
mahu sahaja aku teriak untukmu,
kecoh dekat langit semoga salji yang turun
bawa malaikat naik kembali bimbit doa aku,
semoga retak-retak ais membawa kuntuman bunga yang mekar
dan debunga terbang melata bawa berkah
bawa benih ke benua terang lalu bercambah riang
dengan izin "kunfayakun" , bakal bangkit jadi pohon gebu
dan dengan qudrah-Nya, satu dunia mampu tumpang berteduh
semoga dahannya mencapai ke syurga,
dan akarnya menghirup titisan-titisan kauthar
semoga di bawahnya kita berteduh terus
sehingga datang TUHAN diiringi malaikat, memeluk sekalian kita,
bakal memeluk gentarmu, juga beri bunga ini pada senyummu
semoga hujan ais ini sejukkan hati-mu.
Dalam sejuk musim ini, ada malaikat turun berjuta,
Khas untuk membawa doa meraka ke syurga,
Jadi benih untuk nikmat berganda,