Thursday, September 25, 2008

open ur heart :: aku yg xde kje lg...

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”Mak jawab, “dua-dua bukan..”Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”Saya memintas, “Tak faham..”Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.Secret Admire“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.Adakah ia suatu diskriminasi?“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..Bukan luar biasaTentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”Redha“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Tuesday, September 16, 2008

Monday, September 15, 2008

[biru] :: bilakah mimpi aku

[countdown] :: 5 ari lagik blk umah!!!! yahooooo!!!!



[putrajaya] :: esok bukak pose free!!!(bajet pose jer...hahaha..) fatmaku syg ajk bukak pose umah die... hehehe...



[mimpi] :: hmm... semenjak 30 menjak nih... aseb dgr org nak fly jer... fes, adik dorm aku... p jordan... pastu kwn mai 2 org... p ireland dgn mne ntah lgk sowg... pastu una besfwen a*as... huhuhu.... pastu lecturer aku lak cite study kt overc... huhuhu.. akibatnya... aku mimpi aku lak yg g overc... hahahhaa... poyos! yang bes nye lom smpi lagik ni... still dlm kpl trbg aku dh nangis gler2 nye hom6! tpon bonda ckp nk blk!!!! hahahaha... tgh nangis2.. tibe2 de org pggl name aku... syira... syira.... o o o... zara dh blk... aku kne bukak pintu... tgk jam 0036... aisey... mimpi rupenye... aku pon bukak pintu.. zara bw blk mknn aku tempah td... mee goreng mamak.. hahahha... ape lagik... mkn lah gue... lps mkn... tgk jam dh kul 0102.. maka stret tdo aku... zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ........


[kenanganmanis] :: kejadian ini berlaku after klas eko... otw blk zaba... berdekatan uo...huhu... aku jatuh moto lagik... alhamdulillah xde ape2... jatuh moto dgn mai... erkkk.. bleh juga disebut as exciden kot... hahhaaaha... dua2 tergelak... seb bek lah mamat+minah yg terlibat skali dlm jatuh moto nih tlg kami... hehehe.... hrp2 mai xserik naik moto dgn aku lagik^_^ ... moto aku??? ape jadik??? side mirror belah kanan retak... wahaha.. mls giler nak gnti... mai ckp klu nak gnti kne gnti dua2... so aku ambil pilihan untuk tidak mgganti... spuloh hengget bleh bli tiket blk umah oooo.... kenangan terindah antra aku dgn mai... thanks to mamat+minah yg tolong kami... moral of the story utk kami+mamat+minah jgn gne moto di ruang pejalan kaki... lu pk lah sendiri!!! assalamualaikum!

p/s: jgn lupe bc doa naik kenderaan!!!! jatuh moto lagikk... lagikkk lagikk jatuh moto....~

Sunday, September 14, 2008

[biru] :: tatkala kebuhsanan+kerinduan terlampau

[today1400] :: kursus 1 aug dh tamat... yahooooo!!!!! next kursus bln spuloh.. xtau bile tp diawalkan dr tarikh asal... sbb tarikh asal dkt dgn final... zara tarik diri coz akak die kawin tym aug tu diadakn... agak cm sedey xde mmber lg... tp pagi td jumpe lak mmber 1 kos yg ku knal... alhamdulillah! selamat gue!!!



[arini1415] :: layan gokusen 3... dr ep7 smpi habis... bestnyeeeerrr frenship diorg! sggup wat ape sajer demi kwn sndiri! tgk ni smbil mkn... ponteng pose skali skala... hahaha.. sowg2 jer dlm blk, zara g umah anak yatim... igtkan nk hbs kan sebuku roti...tp rse cm melampau lak... pastu mkn gule2... mampos gigi gue rosak... tp nk wat cmne... daim yg sedap!!! fruit plus yeah!!! (fruit plus ni zara nye... hahahaha....)



[rumahku] :: xsabar giler nak blk umah!!! windu sume!!! homesick='(



[blog] :: aku dh tukau add blog aku... blog utk diri sendiri^^... nk wat cm diari aku... hahhaha... tp sape dpt cr aku blanje die sky juice... klu die... _ _ _ _ _ _ _ _ _ _8.bolgspot.com.... name sum1;-) + mksd name aku..+ bulan beliau;-) lahir + bulan yg aku lahir lah(nih dh de)! hahahahahaha...haiyo! he alwiz in my mind!!! hehehe... giler stalker aku... x r... saje jer... aku dh 0.55 lupekan die... tibe2 terigt jer... tp klu korg dpt cr, aku akan tukau lg address aku... xpon delete! yeah!



[maudeleteblog] :: aku nih jenis yg cepat buhsan bile wat sumtg... sbb tu rase cm nk delete jer blog aku... adoyai~ tp aku ske bc blog org len... cm best! blog feveret gue apuns.blogspot.com.... best blog nih... x rugi bace... beliau slalu sharing experience/sumtg yg xtercapai dek akalmu... hahaha...



[mode] :: kenape bile period perempuan akan lebih sensitip???????? skg aku mode sensitip~ tp aku cube sedaya upaya hide... hmmmm...



[esemen] :: xsiap lagik!!! esemen etika xsiap lagik... adoyai~ kne wat etika by bertrand russell... cr dlm intnt dh tntu ler english! nak translate lagik!!!! aaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Sunday, September 7, 2008

kepalsuan hadis kelebihan terawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

kelebihan terawih

harap maaf di atas kesalahan yg dilakukan sebelum ini.
terima kasih kepada yg menegur.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.