i'm loving it!!!
selamat menyambut bulan puasa~
KAMI ingin mohon ampun dan maaf sekiranya ada terbuat atau sengaja buat salah kat kamu semua.yup. semua. family, sedara-mara, rakan taulan, jiran tetangga, teachers lecturers, dan semua makhluk Tuhan.(sama ada yang seksi atau pun tidak).maafkan KAMI.
minta halalkan segalanya yang anda telah beri tak kesah sengaja atau tak. minta halalkan ya, kalau ada terpinjam lupa pulangkan, terguna lupa mau cakap, etc.
kenapa saya suka ramadhan?
sebab...
xkan ada dialog ini..
"rumet2, teman g toilet..."(pukul 3pagi..)
haha...
saitan kne ikat. yahooo!
harapan:
KAMI berharap KAMI dapat tahan nafsu dari beli makanan bertimbun2...
KAMI harap dapat bangun sahur setiap hari...(eh..sumting wrong kat ayat ni)
KAMI harap dapat puasa penuh.
KAMI harap harapan KAMI bukan harapan je.biar jadi realiti.
100 ETIKA BERKASIH SAYANG
Tunaikan hak Allah, maka Allah akan tunaikan segala kemahuan kita. Ini adalah asas kepada semua perkara termasuk dalam hal ehwal berkasih sayang.
Ikut sunnah Allah; buat apa yang disuruh tinggalkan larangan-Nya. Antaranya mendirikan rumah tangga apabila sampai masanya dan melaksanakan tuntutan yang wajar pada keluarga yang dibina.
Sentiasa membetulkan niat; niat yang baik kerana Allah. Betulkan niat kita mahu bina silaturrahim kerana agama.
Syukur dengan segala pemberian-Nya, maka kita tidak akan merampas atau tamak sehingga menjejaskan hak orang lain.
Senyum selalu kerana senyum itu sedekah. Tidak mengapa jika tidak berharta tetapi senyum itu boleh jadi aset yang terbaik.
Jika bermasalah dengan orang, jangan simpan dalam hati, selesaikan segera. Menyimpan masalah ibarat memendam rasa, akan jadi mudarat pada kita. Sebaik-baiknya berbincanglah.
Bersahabat seramai mungkin. Pesan ahli falsafah Luqman al-Hakim, seribu sahabat itu belum cukup, seorang musuh sudah telalu banyak.
Minta maaf jika buat salah, mengakui kesalahan bukanlah bermakna menjatuhkan ego.
Memaafkan dengan mudah. Jika orang lain melakukan kesalahan terhadap kita, janganlah terlalu berkeras, maafkanlah dia kerana itu akan melegakan hati kita.
Berfikiran terbuka terhadap teguran, sama ada teguran itu baik atau buruk. Ingat, jika orang menegur kita, maksudnya dia ingin melihat kita jadi orang yang lebih baik.
Doa, jadikan doa sebagai senjata utama dalam apa jua keadaan.
Manfaatkan masa sebaik mungkin dengan perkara berfaedah. Jangan gunakan masa lapang untuk mengganggu ketenteraman orang lain kerana itu akan menyebabkan kita cepat dibenci orang.
Kurangkan bercakap terutamanya mengenai diri sendiri, sebaliknya banyakkan mendengar ketika orang lain berbicara.
Bayangkan hal dan kemungkinan yang baik-baik sahaja dalam hidup. Dalam rumah tangga umpamanya, elakkan membayangkan yang tidak elok.
Tetapkan yang hebat-hebat dalam diri. Bukan berangan-angan, tetapi itulah cara kita merangsang minda untuk melakukan yang terbaik dalam perhubungan.
Syukur kelebihan diri, akui kelemahan diri dan terima diri dan orang lain seadanya.
Sayangi orang sekeliling, pandang positif orang lain, kerana cara ini akan menyebabkan kita beroleh lebih ramai sahabat.
Jangan berburuk sangka dengan orang, sekalipun dengan orang yang tidak menyenangi diri kita.
Bekerjasama dengan baik antara satu sama lain. Kerjasama yang baik adalah kunci harmoni.
Jangan bertangguh melakukan kebaikan. Sikap bertangguh bukan saja menyusahkan diri sendiri tetapi orang lain juga jadi susah kerana kita.
Kata “tidak” pada ajakan yang bersifat negatif. Bukan mahu mengecewakan permintaan sesiapa, tetapi sama-sama terjerumus dalam ajakan negatif akan merosakkan diri kita dan orang lain.
Layan orang lain dengan baik, tidak kira pangkat, usia, keturunan dan perbezaannya dengan kita.
Elakkan bertelagah, berbalah, berdebat kerana hal yang remeh-temeh. Hal ini akan menyebabkan berlaku jurang antara kita dengan orang lain.
Pujian yang berpada menggembirakan hati, senangkan hati menerimanya.
Tubuh sentiasa dalam keadaan berwuduk, maka hati akan tenteram, wajah akan jernih dan menyenangkan orang lain yang memandang; maka memudahkan silaturrahim terjalin.
Sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.
Mengenali diri sendiri, seperti tahap kesihatan, kekurangan fizikal dan sebagainya. Dengan mengenali diri sendiri, akan membantu kita mengenali orang lain.
Sentiasa menjaga penampilan fizikal. Ini antara aspek yang penting terutamanya jika kita banyak berurusan dengan orang lain.
Baca dan lihat perkara yang positif kerana perkara yang positif dapat merangsang kita untuk jadi positif juga.
Cari kawan yang baik kerana kawan yang baik akan menyebabkan kita jadi baik juga.
Belajar benda baru setiap hari; beri peluang pada diri untuk menikmati pengalaman baru kerana itu akan memperkayakan diri kita dalam pergaulan.
Senaman dan riadah. Sewajarnya semangat kesukanan jadi penyubur kasih sayang dan silaturrahim.
Sedekah jika berkemampuan. Dalam setiap harta kekayaan yang kita miliki ada hak orang lain yang mesti kita tunaikan.
Ajar orang lain walaupun perkara yang sekecil-kecilnya.
Menegur orang lain yang melakukan kesilapan dengan cara berhemah.
Bersikap ambil tahu; jaga tepi kain orang, bukan dalam kain orang.
Sayangi diri sendiri dan hormati diri sendiri. Dengan cara ini, barulah orang lain akan menghormati kita pula.
Patriotik dan sayangkan negara. Negara tidak terbentuk sendiri sebaliknya dibentuk oleh komuniti yang banyak.
Jaga makanan seimbang. Tubuh yang sihat akan memberi kita peluang untuk berbakti pada orang tersayang.
Jaga integriti, kecekapan dan amalan baik. Ini amat perlu dalam segala aspek kehidupan.
Merendah diri, elakkan bangga diri kerana itu menyebabkab kita dijauhi orang.
Sentiasa beri komitmen. Bukan saja akan menyenangkan orang lain tetapi juga mencerminkan kewibawaan diri.
Tawakal. Selepas usaha dilakukan, serahkan segalanya pada ketentuan Ilahi.
Sabar. Dalam pergaulan, memang banyak kerenah harus dihadapi, jadi sabar adalah ubatnya.
Disiplin diri. Kita pasti disenangi ramai.
Sopan santun; ini adalah akhlak terpuji yang memang digalakkan Rasulullah S.A.W.
Istiqamah; jangan buat sesuatu sekerat jalan.
Jangan ingat perkara negatif.
Tidak perlu berlagak atau berpura-pura kita tahu semuanya. Semua manusia ada batasannya.
Beri peluang juga pada orang lain untuk menunjukkan bakat dan kemahiran.
Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Tubuh akan jadi segar dan memudahkan urusan seharian.
Muhasabah dan nilai semula apa yang dilakukan setiap hari.
Selalu membaharui azam. Tentunya berazamlah yang baik-baik sahaja.
Jangan lokek beri pujian jika kena pada tempat.
Ucaplah kata-kata yang baik. Siapa yang tidak suka dengan kata-kata yang baik?
Kasih sayang ada batasnya. Hendaklah agungkan Allah dan ingat kekurangan diri sendiri.
Amalkan budaya ziarah-menziarahi. Pesan Rasulullah S.A.W., amalan ziarahi kerabat dan saudara mara akan menambahkan kasih sayang.
Amalkan budaya bertukar-tukar hadiah atau pemberian. Sabda Rasulullah S.A.W., “Hendaklah kamu bertukar-tukar hadiah, tentu kamu akan berkasih sayang.” (riwayat Ibnu Asakir)
Amalkan budaya syura (mesyuarat) untuk kepentingan bersama.
Berjabat tangan ketika bertemu dan berpisah. Sabda Rasulullah S.A.W., “Hendaklah kamu berjabat tangan kerana amalan tersebut akan menghilangkan sifat dengki antara kamu.”(riwayat Ibnu Asakir)
Bertoleransi dan bertolak ansur.
Berikan nasihat kepada orang yang meminta nasihat.
Jika berada dalam suatu majlis, berikan ruang kepada orang yang datang kemudian.
Adil dan tidak berat sebelah. Firman Allah, “Sesungguhnya berlaku adillah dan berbuatlah kebajikan.” (Surah an-Nahl:90)
Berbaik sangka dengan rakan seagama. Firman Allah, “Wahai orang yang beriman, jauhilah daripada berburuk sangka, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa.” (Surah al-Hujurat:12)
Sentiasa bersikap amanah dan jujur.
Berikan pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan, umpamanya yang kesempitan wang maka berilah dia berhutang.
Jika berhutang, hendaklah segera membayar hutang.
Apabila bersalah, maka segeralah memohon maaf.
Bersikap terbuka dan bersedia memaafkan orang lain yang melakukan kesilapan terhadap kita.
Sentiasa bertegur sapa, ramah mulut dan berwajah manis.
Hormat-menghormati antara satu sama lain.
Ziarahi saudara mara atau kenalan yang jatuh sakit.
Iringi jenazah saudara atau rakan yang meninggal dunia sehingga ke persemadian terakhirnya.
Lazimkan diri melakukan solat berjemaah dengan teman sekerja atau anggota serumah.
Berbuat baik tanpa mengharapkan orang itu membalas kebaikan kita.
Lakukan kebaikan pada orang yang melakukan kejahatan pada kita. Pesan Rasulullah S.A.W., hubungilah orang yang memutuskan silaturrahim dengan kita dan buat baik pada orang yang buat jahat pada kita.
Lupakan kebaikan yang kita lakukan pada orang lain; jangan mengungkit-ungkit. Firman Allah, “Wahai orang yang beriman, janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan mengungkit dan kelakuan yang menyakiti.” (Surah al-Baqarah:264)
Muliakan tetamu dan layan sebaik mungkin. Sewajarnya dengan memberikan makan minum, tempat tinggal sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari. Berdasarkan suruhan syarak, jika lebih daripada tiga hari, itu dikira sedekah.
Hargai pemberian saudara atau rakan dengan mengucapkan terima kasih.
Muliakan orang yang lebih tua, kasihanilah serta pimpin orang muda. Pesan Rasulullah S.A.W., bukanlah dari kalangan umatnya orang yang tidak menyayangi yang muda dan tidak mengetahui hak yang tua.
Sertailah saudara ketika senang dan susah, suka dan duka. Ucapkan tahniah ketika mereka beroleh kejayaan dan ucapkan takziah ketika mendapat kesusahan.
Tepati janji jika sudah berjanji. Jika tidak, orang tentu bosan dengan kita.
Tunaikan jemputan jika diundang ke majlis mereka.
Tunaikan zakat, banyakkan sedekah kepada orang yang lebih miskin.
Ucapkan salam ketika berjumpa dan sewaktu hendak berpisah. Kata Rasulullah S.A.W., “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu amalan, jika kamu lakukan akan wujudlah kasih sayang antara kamu, iaitu ucapkan ucapan salam sesama kamu.”
Jangan berdendam.
Jangan bercakap bohong. Tiada siapa akan percaya lagi pada orang yang suka berbohong.
Hidup harmoni, jangan ganggu ketenteraman orang lain, jiran tetangga dengan berbuat bising.
Jangan mendedahkan aib orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W., “Dan sesiapa yang menutupi aib orang lain, maka nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.” (riwayat Muslim)
Elakkan memanggil orang lain dengan nama yang buruk yang tidak disukainya. Firman Allah, “Dan janganlah kamu memanggil satu sama lain dengan gelaran yang buruk.” (Surah al-Hujurat:11)
Jangan cemburu keterlaluan.
Jangan memakai hak orang lain tanpa meminta izin daripada tuannya terlebih dahulu.
Usah mementingkan diri sendiri. Kita tidak hidup sendirian di muka bumi, tetap juga perlukan orang lain.
Jangan mencari kesalahan orang lain dengan tujuan untuk menjatuhkannya.
Jangan berhasad dengki, atau tidak senang dengan nikmat yang diperoleh orang lain.
Jangan sesekali melaga-lagakan orang lain dengan niat supaya mereka bergaduh.
Jangan bercakap kasar, memaki hamun dan memalukan orang lain di khalayak ramai.
Ringan tulang dan selalulah hulur bantuan sekalipun bantuan yang paling kecil.
Sekali lagi, berdoa kepada Allah memohon kebahagiaan dan amalan berkasih sayang kekal selama-lamanya.
PERIBADI MUSLIMAH
OLEH:
MAJALH NUR
NOV 2007
1 comment:
hepi ramadan tuk KAMU..
semoga harapan KAMU bkn harapan je..biar jadi realiti..
(^.^)
Post a Comment