Wednesday, February 23, 2011

this is really amazing!!!


 wow!

 make me laugh!


smart!

dasar binatang! haha

nak tahu dalaman rumah ni??? click here.
bikin aku pening~~

i love hemmy.net :-)

thanks <3

Wednesday, December 8, 2010

edcoustic


semalam sambil tolong meng-harvest tanaman orang, tengok tengok jugak new updates. saja menyibuk nyibuk. hahaha. tiba tiba ada orang shared video.


lagu: berubah (edcoustic)
movie: syahadah cinta

bila tengok, wahh. sentap. menusuk. ye lah. kita boleh berubah. tapi se-kekal mana perubahan kita? se-teguh mana perubahan yang kita buat? mesti akan ada yang rajin & tak give up nak suruh kita u-turn balik. ohh. istiqamah tuh penting.

yang nih best jugak. digabungkan ayat ayat cinta dengan syukur 21
kena je dengan lagu dia.
layannn

Tuesday, December 7, 2010

Photo Contest: My Bestfriend Forever!!

K.A.M.I
[owner of this blog]
-syiRAH dan zaRAH-
hah! jangan taktahu. blog ni ada dua tuan. dan mereka saling mencintai antara satu sama lain(wah!). mereka bukan lesbo(lesbian) but lebih daripada itu. mereka adalah bff yg pernah tidur sekatil. ops! ulang mereka bukan lesbo. mereka adalah bff, best friend forever. 

K.A.M.I
berkawan sejak 2004. nampaknya dah lebih daripada 5tahun. alhamdulillah.
pernah mencetuskan kontroversi apabila berkongsi katil pada 2005. akibatnya terhasillah result spm yg sama iaitu 6A. teehee. 

K.A.M.I
aseb sebut berkongsi katil jer kan. korang jgn salah paham. actually katil asrama korang tahukan macam mana. satu atas satu bawah. HAHA. jap! kitorg tidur sama2 kat katil bawah. tettt!!! ok jap. jangan salah paham lagik. katil ni sebelah tingkap. dua2 penakot. so, nak tak nak terpaksalah menyepit. hehe... kantoi sudah. penakut ghupernye...

K.A.M.I
kenapa ktorang bff? nak tahu, tgklah blog kami. kami punyer blog pun dah bleh tunjukkan kami ni bff. everything inside here. kalau malas nak godek-godek blog ni, meh aku cite.

1. result spm dan muet kami sama. result first sem di ukm pun sama.  (boleh??haha)
2. ketinggian kami hampir sama.
3. kisah cinta yang sama. tettt!
4. sama-sama kena rejek. HAHA
5. belajar disekolah dan universiti yg sama. <<--unexpected. jodoh??? hehe
6. ROOMATE di UKM selama 2 tahun. (sanggup bayar rm50 utk jadi roomate)
7. penah rempit sama2. dalam hujan toksah cite. kuyup sama2.
8. our parents kenal kami masing2. sebut nama jer, stret keizinan direstui(nak hang out sama2 senang). 
9. pernah datang rumah masing2. 
10. nama berakhir dgn ...RAH. 
11. si kiri(pink) tahu password fb si kanan(biru), si kiri takde fb. (rahsia dalaman ni...hehe)
12. berkongsi duit nuffnang.
13. pernah jatuh motor same2.
14. kami sehati sejiwa pernah menari lagu big bang last farewell sama2 atas motor semasa naik bukit secara serentak. unpredictable.  (bahaya. dont try to do dis.haha)
15. the most important thing, we trust and love each other so much. 

kalau nak senaraikan. memang tak cukup satu entri. satu hari pun tak cukup. tu blom tang peristiwa lipas dan belalang. mmg menguji persahabatan. kehkehkeh

K.A.M.I
thank u Allah!!!

jom join contest ini kawan2!!! seronok! oyeah. oyeah!
mari-mari join contest nih. jangan malu jangan segan. pakat ramai2 adik abang kakak. =)

sekian sahaja dari kami.
assalamualaikum dan jumpa lagi!!!

Sunday, November 28, 2010

bila hujan datang dekat closing ceremony 2010 Guangzhou Asian Games

hujan? bukan hujan yang pagi yang gelap kini sudah terang tuh. 
rain lah. 
mentang mentang 2014 nanti asian games buat dekat korea selatan. dia jemput rain pulak. ewah ewah ewah. kemain lagi. nyanyi bad boy pulak tuh. 
nah syira




apa perasaan kalau tengok orang nyanyi nyanyi lepas tuh tiba tiba pengsan? huish
minit ke 4:50

Saturday, November 20, 2010

Thursday, September 23, 2010

bungy jumping in malaysia. are you ready?

at sunway lagoon.
kalau nak rasa macam adegan hitrik roshan dengan kareena kapoor buat bungy jumping dalam filem apa-ntah-aku-dah-lupa, jom try
ada orang siap dah tak terjerit dah. sebab takut sangat. -- I was frozen in fear
pergh.

bawak mykad, RM50.
kalau sengaja tak nak bawak mykad, RM100
anyone?

Tuesday, September 21, 2010

abah-abah keselamatan???

sesape yang belum tahu abah-abah keselematan tu apa boleh tekan ini. (abah-abah keselamatan)

aku tak bape seronok tengok abah-abah keselamatan ni. ntahlah. komen panjang2 pon, kang orang kata aku belum ada anak lagi taktau payahnya nak jaga anak. lagipun zaman skang sangat bahaya. sedangkan yang dah besar pon orang leh bawa pegi ladang, inikan pula kecik cinonet. lagi lah senangkan.... tapikan... aku lebih suka cara camni... kulit bertemu kulit kan lebih erat... 

 gambar hiasan.

yela masing-masing mempunyai cara masing-masing. aku hormat. SAPE TAK SAYANG ANAK Oiiiii.... 

Sunday, August 22, 2010

mewah di rumah gelas

feveret aku, buka yahoo.com...pastu tengok story-story yg takkan boleh jumpa dekat newspaper malaysia. contohnya, cerita ini.....

cantik bukan?? memang smart punye arkitek. aku memang suka mende-mende simple n elegan n smart. nak lagik??? tengok ni pulak...


ni bilik tidur... memang boleh nampak luar. seyes suka!!!! tak hadap dinding 24/7.. kalau atap die lutsinar lagi aku suka... malam2 bleh tengok bintang.... bile malam tu takde bintang, akan ade satu atap automatik tutup yg lutsinar. bapak ah! giler mewah!! mau tak kuar rumah 24/7... TAPI BAHAYA GAK RUMAH CAMNI... hakhakhak... mewah sangaaattt...

boleh baca artikel sepenuhnya disini...

Inside the 'Glass Pavilion'


hebat btul aku tengok rumah ni sepenuhnya!!! (sepenuhnya di sini)

syabas!!!

Monday, August 16, 2010

Wednesday, August 11, 2010

orang sambut ramadhan, ko letak gambar ni.




SELAMAT BERPUASA BAGI YANG BERAGAMA ISLAM.
SEMOGA SIHAT-SIHAT SELALU.
DARIPADA K.A.M.I

TERAWIH JANGAN LUPA.

p/s: dulu time world cup rajin bangun pagi tengok bola kan...pe kate bulan ni pon sambung aktiviti bangun pagi tgk sejadah pulak. ;-)


Saturday, July 31, 2010

IMAM MUDA DAN AKADEMI FANTASIA

tahniah ashraf! tahniah shahir!

IMAM MUDA
Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

AKADEMI FANTASIA 8


Shahir berjaya membawa pulang kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, percutian hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND’s Innershine selama setahun tajaan Cerebos, dua tiket pelancongan ke New York tajaan Maybelline New York dan set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan AD Time, Coway Air Purifier – Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D’Paradise Resort, Melaka tajaan D’Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi juara Akademi Fantasia.




--SEJUK MATA MEMANDANG TENGOK HADIAH IMAM MUDA;-) SELAIN DAPAT DUIT, DAPAT JUGA MENYAMBUNG PENGAJIAN DI MADINAH...DAPAT BUAT HAJI DAN UMRAH. SAMBUNG PENGAJIAN+HAJI+UMRAH DAPAT MENGALAHKAN KERETA YANG SHAHIR MENANG. HARTA TAK KEKAL LAMA, YANG PENTING ILMU DI DADA. THUMBS UP ASTRO!!! HADIAH JANGKAMASA PANJANG--


kalau nak compare hadiah AF dgn IMAM MUDA, hadiah IMAM MUDA LEBIH SUPERB!!! ini yang kita mahu... ;-)

Sunday, July 11, 2010

How Much Water You Need to Drink Today

Hydration Calculator

A person who is 141 pounds 
and is exercising for 5 minutes ,
is not pregnant, 
is not breastfeeding, 
does not live at a high altitude,
does not live in a dry climate,
drinks 0 alcoholic drink(s),
when the weather is not very hot or very cold,
and is not sick with fever or diarrhea should have:
71 ounces of water today, or 2.1 liters.

If you eat a healthy diet, about 20 percent of your water may come from the foods you eat. If you eat a healthy diet you can drink 56.8 ounces of water today, or 1.7 liters.

-sumber- 

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!

Friday, July 9, 2010

selain honda, endo dan puyol

world cup 2010 akan melabuhkan tirainya. peminat germany masih sedih dek kekalahan tipis dengan sepanyol yang sentiasa menang tipis. uh. ada dua perkataan tipis.

selain mueller yg tak dapat bermain di peringkat separuh akhir, selain puyol membanggakan barca dan spain, selain forlan kesedihan kekalahan kepada keorenan, selain honda dan endo free kick chantek rambut pon chantek, selain messi kaka dan rooney merenung ke arah gol yg tak dpt dibolosi, selain ballack dan beckham menjadi penonton setia, selain referee cam mangkuk hanyun, selain coach jerman yg ensem dan macho, selain
maradona frust takdapat menunjukkan body nya, selain itu kita juga digemparkan dengan kehebatan SOTONG!!! yeah!!!! (sotong menjadi perbualan kami n korang sekeluarga.)



keFOFULARan SOTONG yang TIADA BANDINGANnya. 

aawww!

Friday, July 2, 2010

seni menge-cat

liu bolin - invisible man
this guy paints himself. 
no kidding. 
no trick photography. 
he just paints himself.













from email.

Sunday, April 25, 2010

tengok betul-betul...samakan???


kepada mereka2 yang nak exam especially yg ada exam selasa ni, gambatte kudasai!!! good luck!!!

kepada mereka2 yang ada pembentangan kajian ilmiah isnin hingga jumaat ni, wish u all da best!!!

kepada diri sendiri juga. all da best!!! :-)

kepada buku2, semoga selamat sampai ke rumahku. :-) [yeay! dah kurang barang]

Tuesday, April 20, 2010

isteri arwah tabah kan???

 isteri kepada achik spin atau nama sebenar achik, Abdillah Murad Md. Shari. semoga beliau ditempatkan di syurga. amin..  (Al-Fatihah)


bagi aku dia seorang yg tabah. (dugaan hebat utk org yg hebat.)


memang terasa kehilangan kalau kawan yg rapat dengan kita dah tiada.



dugaan hebat utk orang hebat.  


p/s;- aku penah dgr  "org baik biasanya mati awal". wallahu'allam.

*gambarambildarimuraidotcom*

(takde tajuk)

sekarang jam menunjukkan pukul 12.34 am. 
aku takde mood nak study.
tapi tengah paksa otak tangan tulang belakang tangan minda untuk study.
sesungguhnya, AKU TAK SUKA DIPAKSA.
tapi memang perlu paksa.
paksa diri yang terpaksa.
sekarang jam menunjukkan pukul 12.38 am.

Saturday, April 17, 2010

santoki!!!!! (yeayyy!)



apakejadah aku upload video ni. masuk exam ker? haha 2 harkat. ok. video ni pasal artis2 korea mau menterjermahkan lagu kanak2 korea ke dalam bahasa inggeris dengan cara yang duatigaronok sekali. diorang ada 10 peluang untuk nyanyi dgn translate yg btul. klu diorang mensia2kan peluang tu sume alamatnya kne humban dlm swimming pool. haaa jgn tak tau diorg tu tgh duduk atas pool tuuuuu... igt! 10 chances ja.... Lee Hyori pon ada. AGEYO-AGEYO!!! hahaha (actually yg aku upload ni sbhgn jer. bhgn awal dan akhir, korg cari lah sdn bhd kt utube.)

P/S : lagu ni pasal jack rabbit. hehe^^ rabbit dlm bhsa korea - santoki. (yeaayy!)

Thursday, April 15, 2010

teringin cakap secara live,"love u mom!!!! love u dad!!!"

assalamualaikum!!!! (Peace upon u)

nak tanya kamu dan kamu semua dua soalan :-)

1) pernah tak korang cakap I LOVE U IBU atau I LOVE U MAMA atau I LOVE U DAD  atau I LOVE U PAPA atau I LOVE U UMMI atau I LOVE U ABAH atau I LOVE U EMAK,BAPAK atau SAYANG IBU atau SAYANG AYAH atau SAYANG WALID atau SAYANG MAK atau sewaktu dengannya.??? pernah? sudah??? selalu? bape kali?

2) bandingkan berapa kali kamu dan kamu semua cakap I LOVE YOU atau SAYANG dekat IBU BAPA kamu dengan BOYFRIEND/GIRLFRIEND kamu??? 1, 2, 3 bandingkan skang!........ dah? haha


ok. entri ni bukan nak cari gadoh ke ape.. *peace* ..sebenarnya aku nak btau yg aku amat sangat teringin mau cakap I LOVE U kat IBU dan ABAH aku. tapi lidahku kelu seperti terikat ketat. sedey bukan. perangai aku mmg cmni...susah nak cakap SAYANG pada orang yg aku SAYANG. cakap kat sini bermaksud, CAKAP DENGAN IKHLAS TANPA DISURUH SECARA LIVE FACE TO FACE WITH EYE CONTACT bukan sms, video, mms...seyes aku lom bleh buat. kat telefon pon payah nak cakap SAYANG ni. haish! [dulu, teringin nak cakap kat arwah nenek gak. tapi tak sempat. sedey bukan. NENEK, I LOVE U SOOOOO MUCH.] aku nak try ubah. tapi...................? its hard. nape eh?? hmmm... napelah dlm cerita2 barat semua senang jer aku tgk diorang lafaz I LOVE U MOM, DAD...

.
.
.
eh! K.A.M.I takde boypren ok. jgn pk ape2 kt soalan no2. xde kaitan dgn K.A.M.I.
.
.
.

p/s: nak cakap SAYANG KAU senang pulak kan. mungkin sebab perkataan KAU. cuba tukar AWAK. masih senang??? hahaha

sayasayangrumetsayasayangsaya:-)